14 June 2011

beríta ...

Dari hari ke hari, dapat kita lihat, dunia sudah semakin bekembang pesat dari segala segi sains dan teknologi.
Negara kita, malaysia, juga tidak ketinggalan dalam mendapat tempat di dalam senarai negara-negara yang sedang membangun dengan jayanya.

Beralih arah pula, mari kia lihat dari satu sudut, yang lebih dikenal sebagai sudut rohani. Dari satu perspektif, kita melihat negara kita mampu hidup dalam keadaan masyarakat berbilang kaum. Di mana, kita patut beryukur kerana kita mampu hidup bertoleransi sesama kita sedangkan, banyak negara di luar sana, tidak mampu untuk hidup aman, sesama mereka biarpun dari satu negara, namun berbeza pahaman agama.

Dan di negara kita, melayu yang menjadi sinonim sebagai kaum asal negara ini, mempunyai satu agama rasmi yang dianuti, yakni islam. Tidak dinafikan ramai juga yang bukan berbangsa melayu menganut agama islam ini.

Akan tetapi, jika kita lihat pada orang muslim di negara kita, terutama yang berbangsa melayu, apakah islam yang di pegang itu dituruti sepenuhnya, atau ia hanya sekadar satu catatan pada kad pengenalan rasmi negara?

Hari ini, apabila membaca akhbar di internet, sy terkejut apabila membaca tajuk akhbar di Malaysia Kini, yang berbunyi seperti berikut.

Dan lebih mengejutkan, apabila negeri sembilan dicatatkan sebagai negeri kedua tertinggi yang membuat permohonan untuk murtad; keluar dari agama islam, selepas Sabah.

Ini membuat diri untuk mereflek perbuatan diri ini sebagai muslim.

Apakah yang telah dilakukan untuk membawa masyarakat untuk mengenal islam dengan sepenuhnya sehingga tidak dirasakan islam itu susah dan menyusahkan seperti yang dipercayai oleh ramai orang?

Islam itu sebenarnya mudah dan tidak menyusahkan, malah meliputi semua aspek hidup manusia di dunia.

Maka, sekarang 1 visi baru perlu dibuat.. Mengenalkan islam sebenarnya pada masyarakat di sekitar, tidak kira samada dari segi aksi(action) atau dari segi lisan, termasuk tulisan.

Semoga Allah Ta'ala membantu diri ini untuk menanam biji pada visi ini, agar pokok yang bakal tumbuh, bisa melahirkan buah yang mampu menabur lebih banyak biji di ladang duniawi ini.
LillahiTa'ala..

Ya Allah, Ya Rabbi, lahirkan ikhlas dan istiqamah dalam diri untuk beramal.

-pen off-
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.