9 April 2011

behind the scene..1

Sebelum perang uhud bermula, Rasulullah saw telah membetulkan saf-safa para tentera muslimin dan berucap dan sebahagian dari isi ucapannya adalah seperti di bawah.
"Malaikat Jibril telah menurunkan wahyu kepada hatiku bahawa seseorang tidak akan mati sehinggalah dia mendapat semua rezeki yang diperuntukkan kepadanya. Rezeki tersebut tidak akan dikurangkan sedikit pun sekalipun kedatangannya agak lewat. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah; Tuhanmu dan carilah rezeki dengan cara yang sederhana..
Janganlah disebabkan kelewatannya, kam.mencarinya dengan mengunakan cara maksiat kepada Allah.
Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah seperti kepala dengan tubuh. Apabila kamu mengadu sakit, ia akan dirasai oleh seluruh badan"

Jika kita meneliti dengan lebih mendalam, isi ucapan rasulullah ini harus juga direnung oleh mereka yang tidak terlibat dalam perang uhud, yakni kita.

  1. Ajal itu qada'dan qadar. Tapi, rasulullah ada bagi semacam 'hint'. Seseorang itu tidak akan menemui ajal dia sehingga dia mendapat semua rezeki yang telah disiapkan kepadanya.
  2. Cari rezeki itu jangan dilakukan dengan bermaksiat. Kadangkala rezeki itu akan sampai lambat kepada kita, dan mungkin kerana cemburu melihat rezeki orang lain lebih banyak, lalu dipilih untuk buat kerja-kerja yang maksiat. This is WRONG. Niat mencari rezeki itu tidak pernah halalkan cara dalam mencarinya. Ini membawa kita renung kembali kes yang paling baru skali dimana pengawai2 kastam menerima rasuah.
  3. Orang mukmin dan orang mukmin lain seperti satu tubuh badan. Kalau satu ditimpa bahaya, bencana, seorang lagi sepatutnya ambil perhatian kerana turut terasa perit yang dialaminya. Sebagai mana saudara-saudara kita yang berada di Palestine, Iraq, Libya.. Adakaha kita hanya sekadar membaca tentang apa yang berlaku di sana tanpa mengambil apa-apa inisiatif untuk membantu mereka di sana..? Sekadar renungan.
Kita digalakkan membaca sirah.. tetapi adakah kita baca sekadar untuk tahu ceritanya atau kita mendalami maksud yang tersirat di dalam kisah-kisah itu.

Wallah'hualam bitsawab....
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.