5 February 2009

where do u stand now isL..?

" Apa yang disisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal "
{An-Nahl:96}

Seringkali apabila diberi kejayaan, khabar berita yang baik, hati yang mungkin pada awalnya di dalam kesedihan, keguraman, terus sahaja menimbuskan kesedihannya, lalu hatinya itu lantas berbunga. Tetapi sejauh mana hati itu mengucapkan syukur tatkala mendapat berita yang baik itu?


Sudah pasti akan ada jiwa-jiwa di luar sana, mengucapkan syukur pada saat kegembiraan itu tiba, akan tetapi, sejauh mana ia ingat bahawa kegembiraan, kejayaan yang diperoleh itu satu ujian dariNya?


Sememangnya ia rahmat yang telah Allah anugerahi padanya, akan tetapi ia juga hadir bertemankan ujian di sampingnya.


Adakah dengan kejayaan itu di sisi, ia lebih mendekatkan diri Rabb, ataupun sebaliknya.


Seumpama itulah jua apabila diuji dengan khabar yang tidak diinginkan, dengan kegagalan.


Namun ingatilah, Allah jualah yang lebih mengetahui apa yang baik untuk diri setiap dari kita.


Mungkin diinginkan sesuatu, namun sebaliknya yang diperolehinya, atau mungkin ia tidak menginginkannya, namun itu lah yang diperolehinya.



وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi [pula] kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;


وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. {al-baqarah:216}


Namun segala2nya yang kita perolehi di dunia ini hanyalah pinjaman semata.
Pinjaman dari Allah Azza Wa Jaala.. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sudah pasti akan kerana semua yang ada itu milikNya, (seperti dalam An-Nahl, ayat 96 di awal tadi), ia bukan suatu yang dapat kita jamin sampai waktu yang sendiri mahukannya.

Lantas, apakah tidak kita bisa untuk 'infakkannya sedikit pun di jalanNya?

Harta.. Tenaga.. Kuasa.. dll
segala2nya adalah perhiasan dunia

Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan [dari] berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (at-Taubah:24)

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan {al-Kahf:46}


Ingatlah, kemiskinan azam itu lah pada hakikatnya kemiskinan sebenar-benarnya. Kerana tanpa azam, akan terbelunggu segala kemahuan untuk terus menapak ke hadapan.

Sudah nyata bahawa untuk kekal di jalan al-haq ini, membangkitkan kembali kesedaran pada umat, ia bukan suatu yang mudah. Ia perlu disertakan dengan kemahuan yang tinggi, tidak berbelah bagi.

Kerna ia bukannya suatu yang boleh dijadikan sebagai tugas sampingan.

Ia menuntut pengorbanan yang tinggi dan kesungguhan dalam melaksanakannya.

Ia juga mendidik jiwa untuk mengenal erti kesabaran dengan sebenar-benarnya.

Perlu jelas matlamat yang akan didukungnya, agar ikhlas dalam setiap gerak lakunya.

Hakikat yang jelas dari sejak generasi terdahulu, jalan ini akan dihadirkan rambu-rambu, onak duri dalam perjalanan sepanjangnya. Sekiranya tidak tabah, pasti sahaja akan jatuh di pertengahannya.

Dan ini semua berbalik kepada asas, tapak pembangunan yang ingin dibina, yakni aqidah dan taqwa.

Jika baik landasan yang dibina, tentu sahaja akan berjaya melancarkan kapal terbang ke langit dengan tingginya. Itulah ibarat perjalanan di atas jalan ini.

________________________________________________
rujukan 1 : risalah pergerakan IM (majmuk rasail)
rujukan 2 : sang Murabbi filem
-semuanya bersandarkan pada Al-Quran dan hadith-
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.