8 February 2009

al-Isra' (77-83)

"Establish prayer at the decline of the sun[from it meridian] until the darkness of the night and also the Qurán [i.e. recitation] of dawn. Indeed, the recitation of dawn is ever witness"


Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan laksanakanlah pula solat Subuh. Sungguh, solat subuh itu disaksikan (oleh para malaikat)


And from part of the night, pray with it [i.e. recitation of the Qurán] as an additional [worship] for you; it will expected that your Lord will resurrect to a praised station.


Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud, sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan, Tuhan-mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.



And say, "My Lord, cause me to enter a sound entrance and to exit a sound exit and grant from me from Yourself a supporting authority".


Dan katakanlah, "Ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan pulak ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku.



And say, "Truth has come, and falsehood has departed. Indeed us falsehood [by nature], ever bound to depart".


Dan katakanlah, "Kebenaran telah datang dan batil itu pasti lenyap. Sungguh, yang batil itu pasti lenyap.



And We send down Qurán that which is healing and mercy for the believers, but it does not increase the wrong doers except in loss.


Dan kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedankgan bagi orang yang zalim, hanya akan menambahkan kerugian.

_________________________________________________

Solat subuh itu solat yang membuka tingkap hidup muslim.
Dan kerana itu, solat subuh itu disaksikan oleh barisan para malaikat.
Jika dilihat, solat subuh ini lah yang sering ditinggalkan, kerana tidak dapat bangun pada awal pagi.
Apabila fajar mula menyinsing, setiap muslim yang diberi peluang untuk bernafas kembali kepada dunia ini, diajar / di suruh mengingati pada Tuhannya. Ini kerana, dalam solat, kita bersaksi, berjanji pada Allah.

Ini terbukti dalam doa iftitah kita. Kalimah shadah kita.

Mengapa ini penting? Mengapa Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk bangun di awal pagi, semata-mata untuk solat padaNya?

Dia menyuruh kita untuk ingat bahawa setiap perlakuan kita pada hari tersebut perlulah bersandar padaNya, mendapat redhaNya. Kerana manusia ini mudah lupa.

Cuba kita ingat kembali, tatkala kita tertinggal subuh di suatu ketika dulu, macam mana aktiviti kita pada pagi itu?

Bandingkan dengan hari yang kita bangun di awal hari untuk solat subuh? (dengan syarat, solat subuh itu hadir dalam keadaan kita sedar, dan hati itu hadir dalam solat)


Kemudian, Allah ingin memberi peluang kepada setiap para hambaNya ( x der pilih kasih, all equally treated) untuk meninggikan pangkat kita di sisi Allah. Kerana, mungkin pada hari itu, telah banyak perkara yang dilakukan yang mungkin menambahkan list di sebelah kiri kita (yakni dosa), dan bagaimana untuk kita beratkan kembali timbalan di sebelah kanan kita?

Di sinilah peluang dibuka luas.

Solat tahajud, solat taubat, solat hajat di pertengahan malam.

Hapuskanlah kejahatan di siang hari itu dengan kebaikan i.e. ibadah di malam hari. But need to keep in mind, elakkan diri dari mengulangi dosa2 yang dilakukan sblm tu. Kalau tidak, seolah-olah tidak berbaloi ibadat di mlm hari itu.

Dan sebenarnya, ibadah aka qiyam tidak terhad pada solat sahaja. Ia termasuk tilawah + taddabur kalamullah..
Ini kerana, apabila ayat2 quran dibaca di kala ramai manusia dah lena, hati akan lebih mudah tersentuh padanya.

Jadi, mungkin lepas ni, bit by bit, after dh boleh istiqamah untuk solat tahajud at least (eg. 3 times per week), kita add pula untuk masukkan baca quran dalam qiyam kita..

Di dalam surah ini juga, Allah mengajar kita apa yang boleh kita doa padanya di pertengahan malam tu. Walaupun kalau tengok tafsir, ditulis -katakanlah (Muhammad)-, seolah2 macam Allah hanya suruh rasulullah sahaja yang baca doa tu, tapi ia tidak sebegitu. Apa sahaja yang Allah suruh rasulullah buat, ia menjadi guideline bagi umatnya juga untuk melakukan ia. Allahu'alam..

Dan Allah sekali lagi mengingatkan kita bahawa Al Quran diturunkan sebagai penawar hati kita. Baik di kala lura duka mahupun di saat ia bahagia.

Dikatakan ia satu kerugian buat musyrikin (kafir) kerana Allah sudah banyak kali memberi khabar gembira buat . hamba-hambaNya yang menurut perintahNya. Biarpun kebaikan itu dibuat sedikit sekali, namun balasan yang Allah beri itu berlipat ganda.

Jikalau dibandingkan dengan orang-orang yang enggan beriman padaNya, walaupun kebaikan yang ia lakukan sebesar gunung, namun tidak satu pun dikira sebagai amalannya yang boleh dibangkitkan untuk mempertahankan diri dari terjerumus ke dalam api neraka.

Inilah yang Allah katakan sebagai kerugian buat mereka..

__________________________________________

Mari kita reflect balik. Bila kali terakhir kita solat tahajud, or at least solat hajat (which doesn't need to be di pertengahan malam pun)..?

Let us now look at ayat 83:


Yet when We bestow Our favours on man, he turns away and becomes remote on his side (instead of coming to Us) and when evil seizes him he gives himself up to despair! -83-


Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia: dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.


Selalunya, kita wat solat hajat, bangun qiyam time exam la, time kita inginkan sesuatu.

Jarang sekali kita wat masa lain.


Ini yang Allah katakan mengenai manusia. Bila ditimpa musibah, inginkan sesuatu, baru nak kembali padaNya..


Saat dikurniakan kesenangan, kelebihan, jauh sekali kita dari mengingatiNya..

____________________________________________


okay, now isL.. please reflect ur daily action back..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.