3 August 2007

Reflection 2 minutes

Jalan dari kecil sehingga kini,
bukannya jalan yang mudah.
Dilahirkan dalam keluarga yang besar
Tetapi bukan beerti bilangan ahli
Tetapi dari sudut materialistiknya
Diasuh dari kecil untuk hanya memakai islam pada nama
Tidak lebih dari itu
Solat tidak ditekankan
Aurat tidak di'wajibkan'
Yang pelik, puasa dilebih-lebihkan pula
Duit itu penting, tapi ibadat itu tidak
Masa itu berharga, tetapi nilai iman tidak dikira
Sesungguhnya, bi'ah di sekitar adalah bi'ah jahiliyah,
seolah-olah tidak pernah mendengar apa itu islam
Yang pasti, islam bukanlah suatu cara hidup
hanya sekadar syarat untuk diisi dalam borang-borang rasmi

__________________________________________

Apakah erti menjadi seorang muslim?
Adakah sekadar, Ya, saya muslim atau sekadar solat wajib...?
islam itu syumul. Tidak tertakluk pada suatu kategori dalam hidup.
Apabila diri mengaku seorang muslim, pasti jiwa dan ruh telah mengakui keEsaan Yang Maha Berkuasa.
Tidak pernahkah kita terfikir, semasa kita diciptakan, telah Dia tetapkan segala sesuatu yang sesuai dengan fikrah kita?
Wajarkah kita untuk mempersoalkan sesuatu hukum atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui?
Apabila kita mempersoalkan kembali arahan guru di sekolah pun sudah dikira kurang ajar, apatah lagi hanya sekadar terdetik di hati kenapa ajaran islam sebegitu/ini..Cepat2lah beristighfar jikalau ini terjadi.
Ajal datang tidak diketahui oleh individu, maka sekiranya timbul dalam hati keraguan kepada Ilahi, dan disaat itu ditakdirkan sudah sampai untuk riwayat hidup kita ditamatkan..Naudzubillahminzalik.. adakah kita menemui ajal dalam keadaan beriman atau tidak...??
Sudah terlambat untuk kita memohon untuk dihidupkan kembali, kerana sudah banyak masa diberikan kepada kita untuk 'turn back', membuka peluang untuk kita bertaubat..namun tidak pula digunakan semula.
Tiada gunanya kalau 'sudah terhantuk baru terngadah'..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.