Berjalan-jalan di city..
Tidak kiralah mana-mana city pn..pasti banyak banner-banner atau poster2 yang digantung berselerakkan..Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Masuk sahaja hari baru, ada iklan-iklan baru, yang menampilkan benda-benda yang selalunya tidak bermanfaat..
short break : iklan / Suatu persoalan..
'Adakah iman kita telah di-renew setiap hari?'
Back to post:
Berbalik kepada tajuk asal
Banner islam
Adakah perlu untuk kita menggantungkan banner-banner islam pada jalan-jalan sepertimana kita lihat poster-poster, iklan-iklan dipaparkan di setiap ruang yang ada di sepanjang jalan?
Tidak perlu untuk membuat polls kepada soalan ini, kerana mungkin ada yang akan mengatakan perlu. Dan mungkin ada yang terlalu 'bersemangat' akan bangkit dari kerusi dan menghentak meja dengan penumbuk tangan menjerit, "Iya, Kita Perlu!!". Dan ada pula yang akan mengatakan tidak.
Kenapa persoalan seperti ini dibangkitkan di kala ini. Seperti yang kita tahu, islam kini mempunyai imej-imej negative yang disebarkan oleh media-media massa. Sedar tak sedar, ramai yang selama ini tidak pernah mendengar tentang islam, tetapi kerana peranan media massa, ni, secara tak langsung, famous terus islam di mata dunia. Akan TETAPI, terkenalnya islam bukan kerana content atau ajaran islam itu sendiri. Sebaliknya, terkenalnya islam dengan sifat-sifat yang asyik nak berperang. Mana tidaknya, kalau dilihat di negara-negara islam, banyak pertelingkahan berlaku di antara puak-puak islam di sana. Tak tahu la mana belajarnya sifat-sifat assabiyah ni. Sedangkan mereka dulu antara negara-negara islam yang menjadi pusat perkembangan islam di dunia.
Jadi, ramai yang akan menggunakan hujah mereka dengan mengatakan, kita perlu membuat poster-poster, banner -banner yang memberitahu dunia akan erti islam yang sebenar...
Adakah persepsi islam di pandangan mata sesorang itu dapat berubah hanya dengan melihat dan membaca iklan-iklan atau poster-poster sahaja??
Tidak dinafikan memang perlu untuk kita mengibarkan banner-banner islam yang sebenarnya pada masyarakat sekeliling. Sedar tidak, bahawa, banner-banner islam yang perlu dikibarkan adalah diri kita sendiri. Kita mengucap kalimah shahadah sekurang-kurangnya 9 kali sehari. Kita lah yang akan menentukan persepsi masyarakat apa itu islam.
Mungkin media mempromosikan islam sebagai suatu agama yang kolot, dan suka memporakperandakan hidup manusia. Kita boleh buktikan andaian ini salah pada mereka di sekitar, bukan dengan poster-poster, tetapi dengan cara hidup kita.
Take islam as our way of life.
Dari bermulanya kita membuka mata pada subuh hari,
sehingga kita berehat sebentar pada malam hari.
Semuanya patut dilalui dengan panduan pada ajaran islam.
Senang bukan?
Ramai yang lantas akan mengangguk..dan ramai juga yang akan mengeleng..
Fikir-fikirkan lah..
Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi..
Kita, manusia, muslim..tanggungjawab khalifah berat di atas kedua-dua belah bahu..
Tunjukkan erti menjadi seorang muslim, dari segi pergaulan, adab makan, berjalan, berkerja dll
ISLAM is our WAY OF LIFE