2 August 2007

tali yang tersimpul keranaNya


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut,
Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?”
Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.”
Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?”
Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.”
Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”

Sabda Rasulullah (saw):
"Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir, no. 11537 dari Ibnu Abbas r.a


Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.