8 May 2007

jalan

Jalan yang hakiki

Lurus tidak berliku

Terbentang luas tanpa batasan

Mengalukan-alukan kedatangan para pejalan

Kearah kebenaran

Dari hari ke hari, dunia kian bertambah menjadi semakin pelik.

Di depan mata-mata yang bersinar menandakan masih bernafas insan kepunyaannya.

Dihamparkan jalanan yang lurus, bersih, tanpa cacat cela. Di sisi adapun jalan-jalan kecil, yakni jalan pintas, yang dirimbuni onak duri, namun, insan-insan di muka bumi masih memilih jalan yang berduri dari jalan yang luas lurus itu.

Adanya jalan yang terus menuju destinasi, namun, ramai yang masih memilih jalan yang berliku-liku, tanpa disedari, dipenuhi pelbagai macam penipuan yang dibuat-buat oleh insan itu sendiri.

Di anggapnya ‘adventurous’ apabila dapat melalui jalan beronak duri. Biarlah dicalar, biarlah dilukai, asalkan kepuasan hati mengharungi ‘jungle tracking’ ni dapat dipenuhi. Andai kata terlumpuh di pertengahan itu, apa lagi yang mampu dikata.

Mengapa pertambahan usia, insan semakin ingkar pada Yang Esa?

Tdak lagi endah pada amaran azabNya?

Apakah mereka ingat, hidup di dunia ini selama-lamanya?

Pabila sudah bertongkat, berkaki tiga baru hendak berjinak-jinak dengan islam yang sebenarnya.

Barangkali sudah terlambat bagi kebanyakkan mereka.

Kerna mungkin nyawakan diragut pada usia yang masih muda.

Itulah insan. Sentiasa lalai dan alpa.

Pemikiran stereotype yang diwariskan dari generasi-generasi sukar diperbaiki

Ajal yang diketahui, tepapar di minda hanya bila sudah dimamah usia nanti.

Lupalah insan kepada tetapanNya.

Sedang makan, ia boleh pergi, sedang tidur memang sudah acapkali terjadi

Sedang bermain di halaman rumah, kemungkinan terjadi, racing motor apatah lagi.

Dunia ini diciptakan oleh Yang Esa untuk segenap manusia.

Diperintahkan hamba-hambaNya untuk mengurus mentadbir bumi.

Khalifah, pemimpin membawa kepada kebenaran.

Namun, semuanya terlupa pada tugas sendiri.

Masing-masing menunding jari ke orang lain dan bukan diri sendiri.

Tanggungjawab diabaikan, sudah tidak menjadi prioriti dalam hidup zaman moden kini. Bahkan ada yang tiada langsung terpapar dalam senarai hidupnya

Segelintir masih sedar, masih ingat, namun ramai yang tersalah anggap.

Ingatkan menjadi khalifah itu sedah memadai jika mangamalkan nilai-nilai insaniah sesama sendiri. Asalkan diri beramal kepadaNya, sudah cukuplah.

Kata-kata masyarakat insan ‘jangan jaga tepi kain orang lain’ itu menjadi pegangan masyarakat kini.

Apa yang terjadi kepada anak-anak muda tidak dipeduli jika mereka bukan dari darah daging sendiri.

Andai kata situasi ini berterusan dari generasi ke generasi, jawapan apakah yang mampu diberikan apabila bertemu Pencipta di kelak hari?

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..” (al-baqarah:143)

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.