12 May 2007

luahan di suatu senja

Tahun ini merupakan tahun praktikal bagi ana.
sebelum2 ini, ana hanya belajar theori kenapa ana hidup kat dunia ini, bagaimana ana harus bagun menyampaikan risalah pada sekalian manusia kat bumi ini. Theori memang senang, baca sahaja dan hafal kalau perlu. Tapi yang menguji kebenaran iman, janji pada Yang Satu, adalah praktikal.
Dengan kehadiran wajah-wajah baru di sekitar, ana mempunyai tanggungjawab untuk memberi gambaran pada mereka apa yang ana pelajari sebelum ini. Apa erti menjadi seorang muslim, realiti yang kini terjadi di sekitar kita.
Bagi sesetengah, tanggungjawab ini mungkin tidak sukar bagi mereka, tapi bagi ana, ana mengaku agak sukar untuk ana melaksanakan tanggungjawab ini biarpun ana tahu baru sebentar tadi ana sudah berjanji pada Yang Maha Mengetahui, bahkan bukan sekali, malah sekurang-kurangnya 5 kali sehari ana berjanji padaNya.
Sebelum ana ke sini meneruskan pengajian jauh merentasi lautan samudera yang memisahkan tanah air dan benua di selatan ini, telah ana berjanji dengan kawan ana yang satu ini,

"nanti kat sana, kalau awak tengok saya dah x macam dulu, tegur2 la saya, saya x nak jadi macam diorang yg dh terikut-ikut barat tu."
Ana pun berjanji akan 'look out' untuk dia.

Tapi kini, hampir 2 tahun selepas janji ana padanya, ana gagal untuk menjaganya. Berdosa ana pada dia dan padaNya. Hari-hari ana fikir, kalau dulu ana menegurnya pada awalnya, mungkin ana masih mampu menyelamatkan kawan ana itu. Sekarang ana hanya mampu berdoa untuknya sahaja.

Dulu juga, ana telah berjanji pada seorang guru ketika di sekolah dulu, ana akan jaga kawan ana yg seorang itu. Janji tu dah lama, hampir 5 tahun yg lampau. Tetapi ia masih amanah yang perlu dipikul ana. Mungkin ana perlu berjumpa dengan guru tersebut dan mengatakan ana tidak mampu meneruskan amanah itu kerana kawan ana itu memilih jalan yang lain biarpun berulangkali ana berkonfrontasi dengannya. Kawan ana itu orang yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang lain, tetapi, ana tidak tahu mengapa dia enggan dengan kebenaran yang satu ini. Benarlah,
hidayah itu milik Allah. Ana tidak layak dan tidak mampu untuk mengubahnya.

Ana perlu kuatkan tekad di hati, agar tidak akan lesu dalam jalan ini.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.