3 May 2007

kenangan hadiah dari seorang ukhti pada suatu ketika dulu

IsL,
Tuhan pernah berfirman
Kau merupakan sesuatu yang tidak pernah disebut di mua bumi
Kerna kau tidak wujud

Pernahkah kau terfikir
bahawa kau akan mengubah dunia?
Pernahkah kau terfikir
bahawa kau akan membawa risala anbiya'?

Tapi telah tetap firman Tuhanmu
"Kau adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.....(al-imran:110)"
Lalu kita semua dikeluarkan
dari kejahilan manusia untuk sucikan diri

IsL,
Hari ini bagimu,
Sebenarnya adalah sama untuk diriku,

Hari ini,
bertambahlah satu hari kita dekat dengan mati

Hari ini sama istimewanya untukku
Seperti mana ia istimewa untukmu

Hari ini, Tuhan izinkan lagi untuk
melangkah menuju Tuhanmu

IsL,
Kita diberi pilihan antara
Jalan berliku atau jalan lurus
Ramai yang memilih jalan berliku
Jangan kau sertai mereka,
Kerana itu menjauhkan mu dari Tuhanmu..

---------------------------------------------------
slight changes was made :
my nickname in reality changed to isL..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.