Sebentar tadi ada segologan muslimah yang baru sahaja pulang dari surau di tempat pengajian. Mereka baru selesai aktiviti pengisian beramai-ramai. Meskipun menjadi minoriti di bumi
Di dalam kesibukan mengejar ilmu-ilmu Allah, tugas menjadi hamba kepadaNya tidak dilengahkan sekalipun. Apabila berkumandang azan di surau, imam/ketua mereka lantas menghentikan perbicaraan mereka di ketika itu dan bersiap-siap untuk menuju ke rumah Allah.
Walaupun bergelar muslimah, di mana saat ketika ramai yang menindas, memandang rendah kepada mereka. Islam meninggikan darjat mereka. Tadi ramai di antara merkea yang menegur penulis dan bertanyakan khabar. Walaupun tidak pernah berjumpa atau bertemu, namun, kerana dirasakan talian persaudaraan dengan ikatan aqidah itu, mereka dengan mudah datang beramah mesra dengan masyarakat sekeliling.
Dalam itu, penulis berasa malu sendiri kerana tidak menjadi orang yang terlebih dahulu mengucapkan salam perkenalan. Ilmu yang diterima sudah banyak menyuruh mengikat tali persaudaraan dengan mereka yang seaqidah, namun kerana terlalu banyak teori yang dipelajari, praktikalnya entah hilang ke mana. Mungkin kerana ego yang tersemat di hati, tidak mengizinkan diri untuk ke arah mereka menjalinkan ikatan ukhwah dengan seadanya.
Huh, akan penulis
Melihatkan mereka, terkenang kepada saudara-saudara yang masih ramai di luar
Alangkah bagusnya sekiranya sekelian umat Islam mengamalkan kehidupan seharian seperti mereka. Hidup dengan islam. Menggambarkan kesyumulan islam itu dalam segala perlakuan dan tingkah laku mereka. Pergaulan dijaga, hubungan keluarga terpelihara, memastikan yang ma’ruf itu segar, yang mungkar ditanam, ditimbus, jika dilihat kemungkaran, akan dicuba untuk diubah dengan kata-kata, tangan mahupun hati.
Siapakah yang harus dipersalahkan apabila kemungkaran berlaku di depan mata? Ibu bapa? Tenaga Pengajar? Ustaz ustazah? Kerajaan..?
Siapa?
Masing-masing akan menunding jari sesame sendiri. Tidak ingin tanggungjawab itu jatuh di tangan sendiri. Adakah mereka lupa semuanya terjadi kerana mereka leka, lalai dengan nikmat di dunia ini. Kuasa menjadi tunggak utama hidup manusia. Yang lemah menjadi mangsa yang berkuasa.
Biarpun dpernah dikethui Al-quran diturnkan sebagai pedoman segenap manusia, namun apabila berhukum, tiada siapa pun ingin merujuk kepadanya. Pengahkiran tidak akan yang seperti diingini. Inginkan pemuda pemudi berintelektual berbudi pekerti. Walaubagaimanapun, jika dilihat pada realitinya sistem pendidikan sudah tidak diterapkan dengan nilai-nilai islami. Mana mungkin produknya akan berkualiti tinggi.
Pada zaman Rasulullah, tiada teknologi sains seperti yang dapat kita lihat hari ini. Namun, dapat kita lihat para pemuda pada zaman itu berakhlaq tinggi. Setiap aspek / cabang hidup berjalan lancer seolah-olah seperti ………………………….?? Tiada masalah ‘corruption’, tiada masalah penindasan. Semuanya harmoni. Bagaimanakan mereka dapat melakukan semua itu????
Lupalah kita, Rasulullah telah sepenuhnya berhukumkan dengan hukum Allah di seluruh aspek pemerintahannya. Dari sekecil-kecil hubungan keluarga ke sebesar-besar hubungan Negara. Zero social problem, zero corruption….
Inginkan hidup seperti mereka?
Jadi amalkanlah islam itu di mana-mana jua. Bukan dari bab mengisi perut je. Tak ke mana apabila perut mu terisi, tetapi gerak langkahmu masih berdiri kaku, tanpa pedoman matlamat untuk diteraju.