Dulu, pertemuan kita ditakdirkan di sini.
Bermulah episod pertembungan cara hidup.
Dirasakan diri susah untuk menerima cara hidupmu,
kerana kelazatan hidup jahiliyyah mencengkam jiwaku.
Namun, kini,
bila bertemu, senyuman di raut wajahmu
melegakan gelora di hatiku,
bila bersama, diriku dibawa ke suatu perkenalan
ma'rifatullah dikongsi bersama,
bila berpisah sementara, ucapan dari bibirmu
membawa suatu semangat untuk terus bersama
di jalan yang satu untuk mengenaliNya
dan menegakkan AgamaNya,
Esok, biarpun tubuhku di sini, dan engkau di sana,
Terpisah oleh lautan samudera milikNya
Namun, kerana talian fillah yang telah disimpulkan
pada suatu tika dulu
diharap kan kekal tersimpan di jiwa.
Semoga kita bersama meneruskan perjuangan di mana-mana
saja kaki kita melangkah dan berpijak..
Perpisahan ini satu duka bagiku, tapi hanya Allah mengetahu hikmah di sebalik perpisahan ini..