Minggu ini, telah berlalu minggu pertama untuk semester baru..
Meskipun tidak banyak dipelajari minggu ini, kerna banyak introduction terhadap subjek-subjek, namun, dirasakan minggu ini sibuk sekali.
Mula-mula dengan adanya persembahan sound of light yang dianjurkan oleh Human Appeal International, bagi mengumpul dana untuk membiayai kehidupan anak-anak yatim muslim di seluruh dunia, seperti di Palestine dan Iraq. Kumpulan nasyid di seluruh dunia dikumpulkan di bawah organisasi pada malam tersebut bagi menyemarakkan lagi semangat dikalangan penonton untuk menyumbangkan harta kepada mereka yang memerlukan.
Pada hari berikutnya, kerana ingin menghantar pergi seorang ukhti kembali ke tanah air dengan memori yang indah sepanjang berada di aussie, masa belajar dikorbankan hanya untuk ukht tersebut hanya berdasar pada ukhwahfillah yang dijalinkan dulu..Diharap ukhti tersebut telah selamat tiba di tanah air..
Hari ini, diri ini perlu berusaha untuk mengejar masa yang hilang..
Kerna malam ini, masa perlu dikorbankan untuk mengenal ma'rifatnya..