Perpisahan, suatu ungkapan yang mampu merobek hati manusia apabila ikatan dua hati yang hakiki, dilakukan demi Yang Esa.
Ramai bila mendengar perpisahan, terbayang di minda, perpisahan sesama pasangan kekasih..Minda ramai remaja sudah ditembus dengan maksiat dan penipuan. Apabila kita membaca berita di akhbar ataupun di mana-mana media masa, akan kita dapati, ramai yang patah hati, tiada harapan untuk hidup, ingin menamatkan hidup, apabila berpisah kononnya dengan pasangan hidup yang sangat dicintai mereka..(gelinyer..)
Ada pula apabila diutarakan persoalan perpisahan tergambar di kaca mata mereka, perpisahan dengan rakan sekolah, sekelas.. Dan bersinambungan dengan itu, tergambar reunion-reunion yang berusul selepas itu.
Banyak lagi jenis perpisahan. Tetapi banyak yang melibatkan 2 pihak atau individu yang berpisah, samada disebabkan sistem (sekolah, pejabat,..dll), ataupun disebabkan individu itu sendiri (persoalan hati, bertengkar dll).
Adakah pernah kita terfikir, kenapa sebenarnya perpisahan ini terjadi ?
Ada seorang ukhit pernah berkata,
Jika kita bertemu, berpisah, kerana Allah, maka tiada yang dapat mengoyahkan jiwa, melemahkan diri kita. Pertemuan kita dengan seorang teman yang imanya mantap dan ketaqwaan yang tinggi kepada Ya Rabb, adalah suatu hadiah bagi kita.
"When Allah one to reward someone, He reward him with a faithful friend"
Jadi, memang tidak dapat dinafikan perpisahan dengan teman yang beriman adalah suatu kesedihan, tetapi mungkin tugas dia di sini bersama kita sudah selesai. Perlu untuk dia meneruskan perjuangan di tempat yang keadaan yang nazak dan lebih memerlukan tenaga muslim yang bertugas di jalanNya...
______________________________________
Kini ku tahu, semua yang berlaku dengan kehendakNya
Telah dirancang dari awal..Semua ada hikmahNya
http://uninews.unimelb.edu.au/articleid_4431.html