Tanpa kita sedari, jika dihayati kejadian alam, ia menggambarkan
hidup kita di dunia ini..
Seringkali dilihat awan mendung datang, kita sudah dapat menjangka
hujan akan turun tidak lama lagi.. dan dalam setiap hujan itu, pasti akan
diselusuri pelangi yang menawan hati..
Sebegitu juga dalam hidup kita.. apabila
sedikit demi sedikit kepayahan kita lalui. kita sudah menjangkakan akan tiba
suatu kesusahan yang lebih besar lagi.. kesusahan ‘minor’ pada awal itu untuk
mempersiapkan diri untuk melalui suatu yang lebih sukar dari tu.. dan apabila
selesai melalui suatu kesukaran ‘major’ itu, pasti aka mendapat sesuatu yang
menggembirakan hati yang tidak disangka2..
“ sesungguhnya sesudah kesulitan itu
ada kemudahan”{94:5}
“Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” (65:7)
Biarpun ‘template’ untuk sesuatu
cubaan itu serupa, namun setiap individu melalui sesuatu kesukaran itu
berbeza2..
Kenapa pula kan? Allah lebih mengetahui tahap seseorang itu
menghadapi sesuatu kesusahan.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya” (2:286)
jadi, apabila kita mempersoalkan kesusahan yang kita hadapi dan
bukan orang lain sehingga dirasakan ‘stress’ atau tertekan, ketauhilah, Allah
lebih tahu yang kita sebenarnya boleh tangani ‘stress’ dan kesusahan itu..
jikalau dirasakan tidak adil sebab nampak seperti cubaan yang kita
hadapi lebih besar dari orang lain, ingat pada sabda rasulullan s.a.w.,
“Sesungguhnya kualiti pahala terletak pada kualiti cobaan, Siapa
rela, maka ia mendapatkan redha Allah dan siapa kecewam maka ia mendapat murka
Allah” (HR Tirmidzi)
Jadi, tidak mengapa kesusahan yang dialami lebih sukar dari orang
lain, sebab ganjaran pahala yang diberi juga lebih baik dari orang lain juga.
biarpun kesusahan itu hanya sesaat, ia memang sudah pasti
dijanjikan ganjaran untuk 1 saat itu,,
“Sesiapa dikehendaki oleh Allah mendapat kebaikan, maka ia akan
ditimpakan musibah (sesaat)”(HR Bukahri)
Jadi kalau kita terpijak duri kecil semasa berjalan, yang sakitnya
hanya seketika sahaja, tetapi untuk sakit sebentar itu sudah diganjari kebaikan
untuknya dengan syarat, kita sabar dan tidak marah kat duri, menyumpah seranah
duri yang tak bersalah pun, dsb..
Ada kalanya, selepas suatu kesulitan, musibah lain datang
melanda.. dan akan ini membuat kita tertanya2, tiada kah pengakhiran buat
kesusahan yang datang ini..?
Cuba kita fikirkan kembali, nak susah kat dunia sekarang atau nak
susah kat akhirat yang susahnya itu sudah pasti peritnya tidak terhingga..
apabila kebaikan yang Allah mahu pada seseorang itu, Dia akan
mempercepatkan siksanya sementara kat dunia.. semoga siksa itu akan dapat
menghapuskan dosa2nya yang banyak, dan lebih mendekatkan hamba itu padaNya..
“..setiap orang musliam yang tertusuk duri atau yang lebih
berbahaya dari itu, maka Allah pasti akan menghapus dosa-dosanya, seperti pohon
menggugurkan daunnya..” (HR Bukhari & Muslim)
-penOff-
Ref: Jangan Bersedih, Darul Wathan, 2006
-penOff-
Ref: Jangan Bersedih, Darul Wathan, 2006