25 July 2012

Setiap kali Ramadhan tiba, kita tidak akan lepas dari mendengar ramai orang yang mengatakan 'Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima'.
Seperti juga yang telah disabdakan rasulullah s.a.w.,
"Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”. ( Riwayat muslim )

Sememangnya tangan yang memberi itu adalah tangan di atas, dan yang menerima itu tangan di bawah.

Ini untuk menaikkan kemahuan ramai orang agar tidak teragak-agak untuk menghulurkan derma,bantuan bagi mereka yang memerlukan. Sememangya, amalan menderma itu yang digalakkan oleh baginda s.a.w.

"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”

Sebegitu juga yang dalam hubungan sesama kita. 
Apabila terjadi sesuatu konflik, tidak kira pihak mana yang benar dan yang mana salah, tangan yang 'menghulurkan' maaf itu lebih baik dari 'menerima'.
Ini kerana, orang yang mula sekali meminta maaf, telah merendahkan ego nya, dan bersedia untuk menjernihkan pertelingkahan, konflik yang berlaku walaupun mungkin, yang menghulurkan maaf itu tidak menjadi punca berlakunya krisis itu.

Wallahu'alam. 

Semoga ramadhan kali ini, mampu mendidik kita menjadi insan yang diredhaiNya.

-penOff-
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.