7 June 2011

Pagi ini, setibanya masa aku berjaga, ku buka kedua belah mata ku, mataku masih mampu melihat, suatu nikmat yang tidak dapat ditandingi, ketika ramai yang sudah hilang akan nikmat pada melihat kala ini..
diriku masih ingat akan Pencipta ku, Al-Muhaimin, Yang Maha Memelihara..
beryukur aku kerna diberi peluang satu lagi hari untuk bangun sebagai hambaNya, seorang muslim...

Biarpun telah bertahun lamanya aku bangun dari tidurku sebagai mana aku kini.., beriman pada Al-Ázeem, apakah aku pasti 'rutin' bangunku ini adalah suatu yang pasti dan tidak akan berubah lagi..?

apakah dapat ku jamin bila aku dibawa pergi dan tidak bisa untuk bangkit dari lenaku,
aku tetap akan bersaksi aku beriman padaNya bila dibawa ke alam barzakh kelak..?

persoalan yang kerap menerpa benak ku sejak akhir2 ini..

ku lihat di luar sana, semakin hari semakin ramai yang mengenal akan Al-Malik, Raja segala-galanya..
namun, dilihat, ramai juga yang pada awalnya mengenal si Dia, berakhir dengan memijak kepercayaan yang ditanam dalam dirinya, hanya kerana terpujuk dengan ajakan dunia..

ini menjadi suatu yang tidak ingin terjadi pada diriku..

iya, aku dilahirkan ke dunia ini dalam keluarga islam..
tetapi islam hanya pada nama..
hampir seluruh ajaran islam itu tidak dibawa sebagaimana ia harus dibawa..

lantas, saban di kala mentari mengundurkan diri..
kelambu malam menghiasi pancawana hari,
aku pasti akan cuba meyakinkan diri ku..
agar sentiasa yakin pada Yang Satu...
Al-Awal Al-Akhir ..
agar aku tetap padaNya dari awal hingga akhir hayatku..
dan tidak akan ku lupa pada Yang Maha Kekal,Maha Mulia..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.