10 June 2011

kalimah tayyibah...


Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya(menjulang) ke langit..

Kalimat yang baik diibaratkan oleh pohon yang baik, teguh akarnya..
Terdapat satu kalimah yang menjadi penghulu segala kalimah..
Kalimah penyaksian yang menjadi paksi sempadan seorang itu mengakui kepada satu kuasa, satu tuhan, dan menolah ilah selain kepada Yang Maha Kuasa..
Dan penyaksian kalimah unggul, tidak lain tidak.. kalimah syahadah..
Kenapa ia selayaknya digelar penghulu segala kalimah..?
Penghulu kerana dengan pengucapan kalimah ini, akan terlerailah segala ikatan selain dari ikatan pada Yang Satu..
sehinggakan,  seseorang yang kufur  saat  mengambil keputusan untuk bersaksi dengan kalimah ini, akan terlerailah segala ikatan yang pernah ia ada bersama saudara sedarahnya, dan akan terbinalah ikatan baru dengan setiap yang turut membuat penyaksian pada kalimah ini..
Ini buat mereka yang selama ini tidak pernah sedar akan hanya ada satu kuasa sahaja dalam mengemudi pelayaran fana dan akhirat itu nanti..kemudian apabila dicerahkah penglihatan mata hatinya, lahirlah kesediaan untuk membuat penyaksian kalimah ini..
Tapi, bagaimana pula buat mereka yang selama ini dilahirkan ke dunia dalam suasana kalimah ini memang yang menjadi suatu yang pasti dalam diri..? (aka dalam keluarga islam)
memandangkan ucapan kalimah ini akan sering lahir dari bibir di dalam solat, apakah ia beerti ungkapan ini diucapkan kerana telah menjadi kebiasaan dalam solat..?
 dalam erti kata lain, sudah ada dalam ‘rutin solat’, maka, tidak mungkin tidak untuk terlepas menuturkannya dalam solat..
perlu bertanya pada diri kembali.. apakah setiap kali diri menuturkan setiap ucapan dalam solat itu, diri sedar atau tidak apa yang sedang ditutur padaNya…
mungkin, kerana telah menjadi kebiasaan, diri tidak sedar pun ia telah pun membacanya.. seolah2 seperti satu mesin yang diprogramkan untuk melakukan sekian-sekian perkara dalam solat..
sepatutnya tidak begitu.. kerana ini kalimah agung.. maka sesuatu yang tinggi nilainya, ada syarat yang perlu hadir saat penyaksian pada kalimah ini..
Ttidak lain tidak bukan, penuturan itu perlu lahir dari hati..
Hati yang sedar..baru kan ikhlas penyaksian yang diluahkan..
kenapa hati..? dan kenapa perlu penyaksian yang ikhlas..?
jikalau kita melihat kembali pada sabda rasulullah, hadis pertama yang imam nawawi sentuh dalam kumpulan 40 hadisnya, kepentingan hati yang bersih, sihat, hidup dalam menjamin kehidupan seorang itu berada dalam kebenaran..
dan dari tu, jika meneliti dengan lebih mendalam, kalimah syahadah ini hanya akan ‘valid’ jika ia terbit dari hati yang sedar..
sedar beerti ia mengakui akan melaksanakan segala amanah yang lahir dari kalimah ini..
Benarkah ada amanah di dalam pengucapan kalimah ini..?
Lihat kembali kepada rukun islam, sebelum solat, puasa, zakat ,haji.. rukun islam yang pertama adalah kalimah ini.. kalimah syahadah..
Pernahkah terlintas dalam diri, mengapa kalimah ini yang menjadi rukun utama islam..?
Memang benar, segala rukun yang lain tidak akan sah sekiranya rukun pertama ini tidak ditunaikan..
Akan tetapi ia bukan sekadar itu sahaja pengucapan kalimah ini menjadi tunggak utama rukun di dalam ad-deenul haq ini.
sebagaimana ianya digelarkan sebagai kalimah tayyibah oleh al-maududi....
Kalimah tayyibah kerana ia menentukan titik keberadaan seseorang itu dalam hidup ini; dalam al-haq atau batil..
titik perpisahan yang bergantung kepada satu penyaksian syahadah ini..
Aku naik saksi, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.. 
dan aku naik saksi, nabi muhamaad itu persuruh Allah
Dan apabila dikatakan penyaksian, maka ia sama seperti  sedang menandatangani satu perjanjian..
dan perjanjian ini tidak lain tidak bukan dengan Allah SwTaála..
Dan isi-isi perjanjian yang dipatri ini menggambarkan pengakuannya sebagai abdi pada Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakanNya.. dan memberi ad-deenul haq ini sebagai jalan peredarannya dalam dunia.. agar mencapai matlamat akhir, jannah milikNya..
dan apabila sudah mengakui diri ini hanyalah hamba, sudah pasti akan menurut segala perintah ‘Tuan’ tanpa dipersoalkan lagi perintah yang diberi kepada kepada diri..
Maka, mengapa tidak pernah rasa resah pun saat melakukan sesuatu yang dilarangNya dan tidak bersungguh dalam melakukan apa yang diperintahkan kepada kita..
sedangkan, jika dilihat kembali kepada perhubungan seorang tuan dan hamba di kalangan manusia,  tuan menyuruh, hamba perlu melakukannya, jika tidak, akan dimarah, dipukul,dsb.. dan jika dibuat, maka tuannya tidak akan menzaliminya(pada kebiasaannya), akan tetapi tidak pula diberi ganjaran atas tugasnya..
Tetapi, tidak pula denganNya..
Allah SwTa’ala itu al-Wadud.. Al-Rahman..Al-Raheem..
kasihnya seorang ‘Tuan’ kepada hamba-hambaNya tidak terhitung nilainya..
apabila hambaNya menuruti perintahNya, akan dibalas ganjaran berlipat kali ganda..
apabila melanggari perintahNya, diberi peluang untuk meminta keampunannNya..
dan bukan sekadar itu sahaja..
Yang Maha Agung ini sanggup menunaikan permintaan hamba-hambaNya, selagi mereka tidak segan untuk memohon padaNya..

..Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku Perkenankan bagimu..”(al-mu’min(40):60)

mana mungkin dapat dicari tuan seperti ini lagi..(yang memang tiada lagi selain Dia)
Jadi, perlukah diri merungut, merenggek pada perkara2 yang dirasakan menyusahkan diri… sedangkan segala apa yang disuruh diri ini melaksanakannya adalah untuk kebaikkan diri sendiri di dunia dan akhirat.. dan bukan pun untuk diriNya..
Bahkan setiap yang kini berada dalam genggaman itu pun satu pemberian rezki, nikmat dariNya buat diri..
apakah diri masih boleh lagi kedekut untuk melaburkan padaNya, sedangkan pelaburan ini pun akan menghasilkan keuntungan buat diri sendiri juga..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Muslim, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”[9:111]
jadi perlukah diri ini kedekut padaNya..?
sekiranya Allah Ta'ala itu tidak pernah kedekut pada kita, maka apakah kita mahu kedekut denganNya dan segala isi milikNya..?
bertanyalah pada diri.. 
sebelum dijemput panggilan dari Ya Rabb..
persiapkan diri sebaik mungkin..
mudah-mudahan setiap langkah itu mendapat redhaNya..

satu peringatan buat diri yang menulis dan membaca..

-pen off- 
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.