24 March 2011

kemanisan airkrim :)

Jika seseorang itu tinggal di kilang aiskrim, saban hari, dengan mudah dia mendapat menjilat aiskrim itu dan menikmati kemanisannya.

Maka, kerana ia menjadi satu kebiasaan buatnya, sudah tidak ada rasa kemanisan aiskrim itu bila memakannya.

Berbanding jika sesorang itu duduk di dalam masyarakat setempat (bukan di kilang aiskrim), dan jarang sekali dapat menikmati aiskrim, apabila ia diberi aiscream sudah tentu dia gembira saat merasa  kenikmatan aiskrim itu.

Tetapi, ia akan lebih gembira dalam merasai menikmati aiskim itu jika aiskrim itu dibeli dengan duit poketnya (hasil kerjanya) sendiri.

Sebegitu juga dengan islam.

Pada zaman kini, sudah dapat kita jelas lihat di sekeliling kita, masyarakt islam ini seakan2 seperti contoh di atas..

Mereka yang lahir sebagai muslim, islam itu ada pada tangannya,hidupnya tanpa perlu pencarian dilaksanakan. Maka, jika kita lihat sekarang, mereka inilah yang islam sahaja pada nama, namun seluruh hidup mereka ini tidak mengikut atur cara islam yang sebenar seperti yang digariskan kepada kita dalam Quran dan as-sunnah.

Dan ada di antara mereka bergelar islam apabila lahir di dunia ini, tetapi kerana mengikut arus dunia, dia semakin lari dari islam, tetapi dia tetapi apabila ia berada di masjid atau surau, dia mendapat tazkirah secara tidak diminta.. dan ini menyedarkan mereka tentang bagaimana perlaksanaan islam yang mereka pegang itu.

Bagi mereka yang diibaratkan seperti 'membeli aiskrim', adalah mungkin kerana beberapa hari itu, dirasakan hari sangat panas, maka datanglah keinginan untuk menikmata sesuatu yang yang boleh menyejukkan dan memberi kemanisan. Di dalam Islam, mereka inilah yang mencari2 kebenaran Tuhan, dan kebenaran pengangan dalam hidup. Dan pencarian ini bukan suatu yang mudah. Kerana telalu banyak ajaran2 lain di dunia ini (cth dlm pencarian aiskrim-teh ais, laici ais dsbg), maka dia perlu betul2 mengkaji yang mana prinsrip yang dirasakan betul dan boleh disemat dalam hati.
Ya, mereka inilah saudara2 baru islam. Baru 'revert' kepada Islam. Dan percayalah, bukan mudah untuk mereka untuk akhirnya memilih Islam sebagai pengangan hidup mereka.

Bergelar muslim beerti telah dianugrahkan satu nikmat kepada diri.. Tidak kira dilahirkan sebagai muslim ataupun mendapat hidayah pada suatu ketika dalam perjalanan hidup lalu bertemu islam sebagai pacawana hidup.

Namun, sering kita terlupa.. Dengan kehadiran islam sebagai pegangan, Nikmat Iman yang kita ada itu, sudah kah kita merasai kemanisan Iman itu sendiri..
Sebagaimana orang yang tinggal di kilang aiskrim sudah tidak lagi kisah dengan sedapnya, manisnya aiskrim itu, sebegitu juga kita yang bergelar muslim.

Perlu kita bertanya kepada diri.
Apakah kita bersaksi kita beriman kepada Allah Ta'ala dan rasulullah saw sebagai rasulNya hanya pada kata-kata
ATAU
setiap hari dalam hidup, kita bersaksi pada kalimah syahadah ini dengan merasai kemanisannya..?

Bagaimana untuk tahu "sudahkan kemanisan iman itu aku rasai?"

Ini perlu kita lihat pada energi Ibadah kita. (1)

Kualiti ibadah kita padaNya berkadar langsung dengan tahap kemanisan iman yang dirasa.
Sekiranya kualiti ibadah kita itu dilakukan menerus, ikhlas pada zahir dan di dalam hati, seharusnya lahir dalam diri keyakinan pada Ya Rabb dalam apa jua perkara yang dihadapinya dan kerana mahabatullah dia merendahkan dirinya pada perintahNya lalu di kehenignan malam hari dia sujud bermunajat diiringi cucuran air mata rindu pada Yang Esa.. semua demi limpahan Rahmat dan Redha-Nya

...

(1)"Agar Iman Makin Memacu Langkah Anda" oleh Muhammad Musa Asy-Syarif (vii-5)

-pen off-
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.