kadang kala, diri sedih melihat bagaimana maksiat semakin berleluasa..
mungkin ia akan diistilahkan sebagai 'gejala sosial'..
tetapi, diri masih tetap akan mengkategorikannya sebagai maksiat..
pernah suatu ketika dahulu, seseorang yg diri ini kenali, dengan tidak segan mengatakan dia telah melakukan suatu maksiat..
tatkala itu diri tertanya, apakah dirinya sudah tidak ada rasa malu melakukan sesuatu maksiat itu sehinggakan boleh menceritakan kepada diri ini tanpa segan silu..
mungkin ia mintak penyelesaian.. mintak pandangan.. kerana sebelum memberitahunya, ia pernah berpesan..
dalam bentuk lebih kurang 'jangan marah kalau sy bgtau awk'..
dan kenapa ia memilih diri ini untuk menceritakannya..
-till today i havent found the answer why..-
tetapi, sejak balik ke tanah air ini baru diri sedar, bagaimana dirinya tatkala itu tidak ada secebis pun rasa malu/segan..
kakak yang baru-baru ini membuat 'elektif' di hospital tempatan memberitahu akan pesakit2 yang dia temui dalam tempoh dia 'berkhidmat' di sana..
kebanyakkannya masih bergelar pelajar, remaja..
tetapi sudah mempunyai penyakit2 yang berkait rapat dengan maksiat yang dilakukan..
iya, aktiviti 'gejala sosial' itu adalah seks - aldultery/berzina (@#$)
kemudian, diri ini bertanya kepada kakak,
apakah mereka @#$, dan kakak pun bercakap ya..
maka.. perlu bertanya pada diri..
jika maksiat sebesar ini boleh dikatakan perkara biasa dalam masyarakat yang kononnya beragama pada pegangan yang suci, Islam..
maka, apakah sebenarnya yang difahami oleh mereka yang bergelar muslim itu..?
dan mereka bukan orang luar..bukan orang asing..
mereka adalah saudara, kawan, teman..senegara.. seaqidah..
mungkin ramai mengatakan tanah air itu negara islam.. kerana agama rasmi ia adalah Islam..
tetapi, sebagaimana masyarakat islam di luar sana majoriti memakai islam hanya pada tanda nama.. sebegitu juga negara kita..
hanya islam dari segi zahirnya..
jika ini dibawa kepada perbincangan umum, mungkin ramai akan menunding jari sesama sendiri, menyalahkan pihak2 akan berlakunya maksiat sebegini..
sebagaimana sering dilakukan dalam karangan2 BM semasa sekolah dulu,
-cth: tuliskan karangan kenapa terjadi gejala2 sosial ini dan bagaiman mengatasi..etc-
jadi, tidak mahu diri menyalahkan sesiapa..
tetapi, ingin diri mengatakan, apa yang ditunjukkan di media2 di negara menjadi salah satu sebab mengapa perkara/maksiat ini tampak seperti benda yang normal..
kalau kita lihat, media2 yang ditunjukkan 90% oleh negara bukan islam.. maka sudah tentu perkara2 yang mereka tonjolkan itu smua nampak 'normal' di mata mereka..
kan tetapi, apabila diranjangkan pada mata2 masyarakat islam,
mana mungkin tidak, mereka juga menganggap perkara itu biasa.. kerana sudah terlalu kerap melihatnya terpapar di depan mata..
mungkni akan ada mengatakan ini pandangan 'kolot' dsb..
tetapi, apakah mungkin kita tidak mengikut ajaran islam sepenuhnya ->100%<-
sedangkan kita yang bergelar muslim sudah pasti tahu akan rukun iman;
Beriman Kepada
1.ALLAH SwTaála
2.malaikat-malaikat
3.Kitab-kitab
4.Rasul-rasul
5.Hari Kiamat
6.Qada dan Qadar
Jadi, kalau kata dah beriman kepada Allah SwTaála, kitab2 dan rasul2nya,
maka telah kita bersaksi kita letak sepenuh pergantungan kepada Allah SwTáala, dan yakin pada ajaran rasulullah saw dan apa yang dibawanya menerusi al-qurán..
Apakah mungkin kita mengatakan ajaran2 islam sebenarnya itu sudah 'lapuk' ditelan masa...?
Berbalik kepada salah satu 'penyakit umat' tadi..
Diri merasakan, golongan yang paling senang untuk terus menasihatkan(berdakwah) kepada mereka yang 'sakit' ini adalah golongan doktor itu sendiri..
Ini kerana mereka sudah pasti akan jumpa doktor apabila terkena penyakit2 akibat perbuatan mereka itu, dan doktor sudah pasti tahu apa yang menyebabkan mereka 'sakit' itu (mereka pun dh x malu nk cerita)..
Dan kita tahu, kawan itu ibarat cermin kepada diri..
maka tidak salah bagi mereka yang sudah memahami islam dengan sebenarnya, berkawan dengan mereka yang tidak memahami..
sedikit sebanyak, berikan tempias kebaikkan islam itu pada mereka..
Mungkin ini akan bertentangan dengan pandangan orang lain, tetapi, personally, diri rasa perlu juga jaga hubungan persahabatan dengan mereka yang memilih untuk mengikut jalan lain (bukan islam sepenuhnya)
Tetapi, perlu juga diingati, jangan kerana sibuk bersama mereka di luar sana.. sendiri ini tidak terjaga..
Teringat pada kata2 muhammad ar-rasyid, dalam al-munthalaq,,
"Kumpulan da’i itu sendiri pula mesti memperuntukkan sebahagian dari waktunya pula untuk meneruskan tarbiyyah diri sendiri dengan ilmu dan ibadat, kerana jika tidak, hati mereka akan menjadi keras setelah mereka dapat menikmati kelazatan di peringkat permulaan. Apabila hati telah keras, akan hilanglah pula roh-roh persaudaraan. Keseimbangan ini bukan hanya khusus pada permulaan dakwah sahaja, bahkan mestilah meliputi seluruh fasa pengembangan dakwah"
ok, this is all just something that has been disturbing my mind lately..
maybe i should think more about it..and do sumthing..
-pen off-