Perjalanan hidup ini hanya akan bermula, apabila ia melalui satu pintu yang menjadi ranjau permulaan pada setiap pengembara. Dan pintu ini tidak bermaksud, ia hanya ada satu, kerana dalam hidup ini, ada banyak jalan yang boleh ditempuh. Semuanya bergantung kepada pilihan sendiri. Dan pintu itu hanya akan dibuka, apabila kesedaran tentang diri kepada adanya ia.
Kadang, diri akan sedar akan kehadiran pintu itu, sama ada ia mencarinya ataupun tidak.,tetapi adakah ia bersedia untuk membuka pintu itu untuk melaluinya.. menempuh pengembaraan yang terhidang di sebalik pintu itu..
Kunci untuk membuka pintu itu hanya akan dapat dicapai, apabila ia bersedia untuk melaluinya, dan menerima segala yang bakal dihadapi di sepanjang perjalanannya.
Mungkin, pernah diri tertanya, apakah mereka yang mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan padah pada mereka, tidak pernah fikir akan keburukkannya..
Keputusan yang mereka ambil lahir dari sifat kesanggupan pada awalnya untuk membuka pintu pada jalan kebinasaan itu..dan di pertengahan jalan itu, mereka tersungkur kerana akhirnya tenggelam dalam lumpur yang menoreh luka pada setiap tubuh yang menempuh..
Rasulullah saw pernah besabda,
"..Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.."
dan firman Allah SwTaála dalam al-baqarah:269..
"..Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran.."
Jadi, apabila diri membuka pintu satu jalan, yakni jalan al-haq ini, sedar atau tidak, sebenarnya, telah diri bersetuju untuk menempuh segala yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan ini.
Dan kunci pada pintu itu lahir dari daripada ketidak-tahuan, kepada kesedaran.. dan ia tidak lain kerna pemberian dari Allah SwTaála.
Oleh kerana kesedaran itu telah pun menjadi milik diri, maka terpulang kepada diri untuk meneruskan perjalanan yang dipenuhi rembau onak-duri ini ataupun tidak.
Pintu itu tidakkan selamanya berdiri di hadapan.. dan esok lusa, kunci tidak kan pasti berada di genggaman lagi..
So, decide now.. before its gone ..
______________________
it get me to think about it, after reading a book/novel entitled, "Pushed Foward Far", by Montorrahman
______________________
-pen off-