"adakah sesiapa akan memasuki syurga dengan semua pintu yang ada..? "
satu pertanyaan dari abu bakar as-siddiq kepada rasulullah saw..
ini adalah dimana rasulullah sedang mengkhabarkan kepada para sahabat tentang 8 pintu syurga yang ada..
antaranya
sesiapa yang suka solat, dia akan dipanggil dari pintu syurga solat.
barangsiapa suka berjihad, dia akan dipanggil dari pintu jihad
bagi mereka yang suka berpuasa, akan masuk pintu ar-rayyan, pintu puasa..
dsb..
dan selepas itu terus abu bakar bertanya soalan yang dipermulaan tadi..
'adakah akan ada yang akan memasuki dari semua pintu syurga yang ada..?'
satu refleksi buat diri..
pernahkah diri bertanya pada diri.. pintu apa yang ingin dimasuki ke dalam syurga itu nanti..
mungkin dirasakan tidak mampu untuk puasa dengan 'galak'nya.. maka cubalah matlamatkan 7 lagi pintu yang ada..
sebelum itu, mari bertanya pada diri..
saat bangun dari tidur, pernah kah bertanya pada diri..
'apa yang boleh aku lakukan hari ini untuk mendapatkan syurga tingkat tertinggi..? '
paling tidak pun, pernah tidak sekali pun terlintas dalam hati,
"apakah apa-apa yang aku lakukan hari ini memberatkan timbangan amal aku untuk masuk syurga itu ..? "
ini akan lahir dalam hati jika hati ini secara tulusnya milik ya rabb.. milik Ilahi..
jika kata hati rindu padaNya.. apakah benar apa yang dikata atau hanya sekadar tutur bicara..
jika kata diri cinta padaNya.. benarkah cinta itu hanya tulus milikNya, atau ia hanya sebahagian dari cinta yang dibawa..
'katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan tempat-tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai selain Allah dan rasulNya, dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai kepada Allah mendatangkan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik..' [at-taubah:24]
'Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)'
[al-baqarah-165]
mahabatullah.. cinta hamba kepada Allah SwTaála..
bagaimana untuk lahirkan rasa cinta padaNya.. satu persoalan yang pasti akan lahir dalam cuba untuk mencintaiNya sepenuh jiwa..
bertepatan dengan kata-kata bahasa jiwa bangsa..
'tak kenal, maka tak cinta' .
mana mungkin diri dapat mencintaiNya sepenuh jiwa, jika diri tidak mengenalNya..
betapa istimewanya, mulianya si Dia sahaja yang akan bertakhta di jiwa..
selama ini jika mengakhiri mathurat yang dibaca dengan satu doa..
"ya rabb...
penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.. lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang Mu...."
apakah benar-benar memahami, menghayati doa yang diungkapkan, atau hanya sekadar satu ungkapan yang menjadi rutin harian, yang dibaca sebagai doa mathurat..
dan bercakap mengenai al-mathurat..mungkin sepatutnya diri tukar susunan bacaan surah dan doa..i.e. tidak perlu mengikut susunan yang tertulis dalam buku..
kerana personally, rasanya orang sekarang ni baca mathurat sekadar rutin, seolah-olah ia menganggapnya sunnah yang dibawa rasulullah saw sebagaimana selama ini surah yaasin dibaca khamis malam jumaat..(dan bukan ingat sangt pun maksud doa yang dibaca)
sedangkan both yaasin dan mathurat tidak pernah pun rasulullah baca pada spesifik waktu..
cumanya rantaian-rantaian doa dalam mathurat tu memang ada hadis dari rasulullah saw menggalakan untuk membacanya setiap hari, tetapi tidak pula rasulullah menggabungkan doa-doa itu dalam sekali baca..
jadi boleh je nak baca doa-doa tu x ikut susunan once in a while for a change..
jadi boleh je nak baca doa-doa tu x ikut susunan once in a while for a change..
back to the doa rabitah mathurat..
hayatilah doa yang dibaca, dan bersungguhlah dalam berdoa itu.. kerana diri berdoa agar diberi pengetahuan tentang ma'rifat Nya, bermakna diri berdoa agar Allah kurniakan pengetahuan dalam mengenaliNya..
semoga Allah SwT makbulkan doa yang kerap kali dibaca, dan dengan itu, lahir dari hati, cinta padaNya.. tanpa ragu, tanpa kendur..
iya.. harapnya cinta diri ini hanya milikNya sahaja..
dan semoga dapat bertemu dengan ya Rabbi.. di jannah milikNya dalam keadaan terbaik..
perlu diri usaha mengenalNya dengan lebih mendalam dan berusaha untuk bertemu denganNya di syurga FirdausNya.
_________________________________
try ur best isL.. do try and never stop trying..
_________________________________