Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, sebagaimana firman Allah dalam al-imran:102
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam..”
Sebenar-benarnya, Allah itu Maha Kuasa. Telah dia menciptakan kita dan setiap yang ada di muka bumi dan langit, dengan sendirinya tanpa ada pertolongan sesiapa pun, maka kenapa diri tidak mahu tunduk kepadaNya dan bertakwa kepadaNya..?
Dalam an-Nisa’:1
1. Jagalah hubungan dengan Allah
2. Mintalah pada Allah sahaja dengan menggunakan namaNya sahaja..
3. Jagalah hubungan silaturrahim
Jika selama ini diri mengira, kemenangan yang dijulang-julangkan dan ditunggu-tunggu adalah kemenangan yang dirai oleh mereka yang disekeliling, yakni manusia, seperti kemengan dalam pertandingan bola atau dalam kejohanan olahraga, kejayaan dalam peperiksaan dsb.. sebenarnya ada kemenangan yang lebih besar, yang di iktiraf oleh Yang Maha Berkuasa, the Ultimate Power, Allah SwT..
Kemenangan ini bukan akan mendapat sijil pengiktirafan seperti yang akan dapat di dunia ini, tapi ia suatu pengiktirafan yang sangat-sangat agung, di akhirat kelak. Semua orang, dari kaum terdahulu sehingga kaum masa hadapan akan tahu, pengiktirafan mulia yang diri dapat dariNya. Bukankah itu lebih ‘precious’, lebih berharga.
Jadi, apa kemenangan yang Allah Taála iktiraf ¿
Lihat pada surah al-ahzab, ayat 70-71
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah mendapatkan kemenangan yang besar..”
LIhat, its 3-in 1 deal.
Apabila diri memahami erti beriman kepada Allah, diri akan berusaha bertakwa kepadaNya dan apabila diri beriman dan bertakwa, sepatutnya diri hanya memperkatakan yang benar, dan erti berkata benar ini juga membawa maksud perlu menyampaikan kebenaran tentangNya, dan ad-deenNya itu kepada masyarakat. Dan apabila diri berusaha dalam untuk memahamkan diri erti beriman, dan menyampaikan kebenaran pada orang islam, Allah akan bantu diri untuk mencapai setinggi-tinggi amalan di sisiNya dan pada masa yang sama, akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan [dengan syarat, dosa itu tidak termasuk mempersekutukanNya dalam apa jua keadaan]. Lihatlah, betapa Pemurahnya Ar-Rahman, Ar-Raheem ini.
Jadi, sekiranya diri mampu bertakwa dan berda’wah kepadaNya.. dan Allah bantú diri untuk mencapai amalan yang tinggi pangkatnya, apakah patut ada rasa dalam diri suatu kekurangan..?
Sesungguhnya, selalu yang dapat diri rasai.. dan selalu mengadu..
1. terasa hati tidak tersentuh dalam membaca kalimahNya
2. tidak kusyuk/& tersentuh saat sujud padaNya..
3. tidak terasa ada gerak hati untuk memperbanyakkan/memperbaiki ibadah yang dilakukan..etc
Jadi di mana silapnya..? Adakah hati ini ada penyakit..?
Jika lihat pada Firman Allah SwT.. dalam al-baqarah, ayat 10:
‘dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta..’
Jika selama ini belajar, dalam sains, atau lebih spesifik biologi, mengenai penggerak sistem pernafasan, sistem otot, otak untuk memastikan manusia itu mampu menjalani hidup dengan pergerakkan paling minima, sebenarnya ada satu jentera penggerak yang lebih unggul dalam diri insan,manusia. Dan jentera ini dikenali sebagai hati. Hati yang dimaksudkan bukan sama dengan hati yang dikenali secara sainsnya. Tetapi ia lebih kepada hati yang sepertimana dikenalkan oleh rasulullah s.a.w. dalam hadis yang membawa pengertian lebih kurang..
“di dalam manusia ada seketul daging. Jika baik dagingnya, maka baiklah segala anggotanya dan apabila buruk dagingnya, maka buruklah perilakunya.. dan daging itu adalah hati..”
Kenapa hati..?
Di sinilah rasulullah ingin menjelaskan kepentingan hati yang bersih.
Setiap dosa/maksiat yang dilaksanakan, ia akan menconteng arang pada hati dan menggelapkan hati.
Dan dalam hadis yang lain, hati itu dikatakan senantiasa berbolak balik bagaikan air yang mendidih. Jadi saat ia berguluman di bawah sekali, perlu ada minima yang diletakkan oleh hati pada diri, supaya tidak terjejas.
Dalam riwayat oleh Ahmad,
“Dinamakan hati hanya kerana perubahannya. Sesungguhnya perumpaan hati itu ialah laksana bulu yang menempel di pangkal pohon yang diubah oleh hembusan angin secara terbalik”
Namun, perlu diri ingat, jika dikatakan hati-hati insani ini mampu berubah dalam sekelip mata, jadi dirasakan tidak ada kehendak yang boleh dilakukan untuk menghalangnya dari berbolak balik, sebenarnya, hati-hati ini dipegang oleh Allah.
Kenapa pula dipegang oleh Allah..?
Jika lihat pada kalamullah, Dia menyatakan, hati-hati ini Dia sahajalah yang pegangNya.
Contoh yang dapat dilihat adalah dari kalamNya yang menyatakan tiada siapa yang mampu mempersatukan hati-hati insani jika tidak diizinkan oleh Allah.. {al-anfal:63}
Dan sabda Rasulullah s.a.w..
¨sesungghnya hati-hati anak keturunan Adam itu semuanya berada di antara dua dari jari-jari Allah layakya satu hati saja, yang Dia tukar menurut kehendakNya..”
Maka, perlu diri sentiasa berdoa pada Allah SwT sebagaimana rasulullah saw berdoa padaNya..
“Ya Allah yang membolak balikkan hati-hati manusia, balik kanlah hati kami untuk taat kepadaMu..”
kerana mungkin dirasakan diri sentiasa akan kembali kepada Allah walau seteruk mana pun pada satu tahap diri ingkar padaNya.. namun ingat..
ajal itu akan datang menjemput pada bila-bila masa sahaja..
diri tidak akan tahu saat ajal menjemput itu, apakah hati sedang dalam keadaan paling taat padaNya atau sebaliknya..
maka amat penting bagi diri untuk sentiasa berusaha memastikan hati dalam keadaan paling dekat denganNya..
Untuk itu, perlu diri tahu apa yang menyebabkan hati dalam keadaan tidak baik, sehingga melemahkan iman.
dan untuk tahu bahawa iman itu ada ke tidak pada saat ini, reflek diri balik..
sebagaiman telah bersabda rasulullah saw..
iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati..
jadi kalau diri rasa kurang bersabar pada apa yang berlaku.. dan pada setiap perilaku insan di sekeliling, dan kurang rasa untuk berlapang dada..
huhu, memang iman pada tika itu teramat rendah sekali..
reflek diri isL..reflek kembali..
-pen off-