1 October 2009

di negara jiran...

Negara jiran terdekat, baik sewaktu kaki berpijak di tanah air mahupun di tanah seberang, ia masih negara jiran yang berhampiran.

Siapakah jiran ini..?

Mereka adalah saudara kita di nusantara sana.. di tanah bumi sumatera(indonesia)..

Diri semakin hari semakin sibuk dengan tugasan harian..
namun, perlu bertanya kembali pada diri, adakah diri sedar akan hakikat yang berlaku di sana..?

Baru-baru ini telah ditakdirkan Allah S.w.T untuk berlakunya gempa bumi di sana.
Telah berlakunya 2 kali, berturut2. Yang pertama berlaku pada petang rabu (30th september) dan diikuti dengan gempa bumi kali kedua hari ini (khamis, 1st October).

Dianggarkan ia telah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan lebih dari ratusan mangsa tercedera. Dikatakan bilangan ini masih bertambah kerana masih ada lagi mangsa hilang di bawah timbunan runtuhan tanah dan tidak diketemui lagi.

Dari sini, apa yang perlu diri lihat..?
Adakah hanya setakat melihat dengan rasa sedih bagi malapetaka yang menimpa mereka..?
Alhamdulillah jika rasa sedih, kasihan buat mereka itu masih ada..
Alhamdulillah jika terasa untuk menghulurkan sebanyak mungkin bantuan buat mereka di sana..
Kan tetapi..
adakah diri bersyukur kerana tidak Allah uji diri dalam keadaan/situasi seperti mereka di sana..?

Lihat pada kalamullah dalam al-Hasyr, ayat 2.. bahagian akhir ayat itu...
yang membawa maksud,
".. Maka ambillah(kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan."

Mungkin melihat pada keseluruhan ayat, dirasaka tidak relevan pada diri. Tapi perlu diri ingat, kalamullah itu perlu dilihat ayat demi ayat.

Jika diri melihat pada suruhan Allah SwT tersebut, ia menyuruh diri untuk mengambil pelajaran dari setiap kejadian.

Diri tahu, 'Everything happens for a reason..'
Tidak kira yang baik mahupun buruk suatu perkara itu, ia perlaku kerana Allah ingin lihat sejauh mana diri ambil suatu pelajaran darinya.

Jikalau ia baik, adakah diri bersyukur padaNya. Adakah akan bertambah kasih padaNya, adakah diri akan semakin dekat padaNya..etc..
dan jika ia buruk..
sejauh mana diri mampu bertahan pada ujianNya ... mungkin juga diri sudah semakin jauh dari mengingatiNya...etc..

melihat pada kejadian 'alam' yang telah berlaku ini.. apa pelajaran yang mampu diri ambil..?

Melihat pada suruhan Allah Ta'ala dalam membawa maksud,
"Dan peliharalah dirimu daripda siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang zalim saja di antara kamu" {an-anfal:25}

perlu diri ini reflek kembali..
adakah azab/siksaan dari kejadian alam ini juga termasuk dalam perkiraan yang dimaksudkan oleh Allah SwT..?

Kalau dilihat sahaja pada sirah, way back, before zaman rasulullah saw..
lihat saja bagaimana apabila suatu masyarakat pada suatu tempat itu mula ingkar pada Allah SwT.. dan ada sebahagian kecil daripada mereka yang beriman pada Allah, namun tiada usaha yang dilakukan untuk meingatkan mereka, lalu Allah turunkan azab buat seluruh masyarakat di sana..

Sabda rasulullah s.a.w.
"sesungguhnya manusia, apabila melihat kemungkaran lantas mereka tidak mengubahnya, maka Allah akan menimpakan azab kepada mereka secara umum(merata)"

Jadi..
dari peringatan Allah SwT dan dari rasulullah saw ini.. apa yang dapat diri rumuskan..?

malapetaka yang menimpa di negara jiran itu bukan hanya beerti kerana telah terlalu banyak kemungkaran di sana..
namun, ia adalah satu peringatan buat mereka di sekeliling,
yang menjadi saksi pada apa yang telah berlaku pada mereka di sana..
Allah Ta'ala ingin diri ini reflek diri kembali..
apakah diri akan sedar dari kemaksiatan, kejahilan yang telah diri lakukan..
kalau mengatakan diri tidak pun terlibat dalam apa2 perkara yang mampu membuahkan dosa pada catit amalan..
ia juga ingin supaya diri sedar.. ajal maut itu sungguh dekat..
dan tidak dapat disangka waktu ia akan terjadi..

satu perkara untuk direnung2kan.. dan bertindak pada akhirnya..

juga perlu bertanya pada diri kembali..
sejauh mana telah diri berusaha untuk memperingatkan dan menyedarkan masyarakat tentang adanya Allah.. dekatnya Allah..
pada perintah Allah..
pada larangan Allah..

mungkin dirasa diri tidak mampu..

mungkin dirasa diri tidak berkelayakan..

tetapi, Allah tidak melihat pada profile kelayakan sebagaimana manusia melihat untuk diterima memasuki universiti ataupun diterima untuk bekerja dsb..

asalkan ada usaha itu.. dan itu lebih bernilai di sisi Allah SwT..
bersama dengan niat dan amal yang bersih..
itu sahaja yang perlu untuk mendapat tambahan kasih dariNya..
tidak perlu disaksikan oleh mereka sekitar tentang amal yang dibuat..
kerna apabila diri mengatakan diri beriman kepada para malaikat.. beerti, dalam setiap gerak kerja yang dilakukan, sedar.. ada yang menyaksikan..
rasalah seperti seolah2 ada video_cam yang merekod setiap saat hidup kita

jika kurang yakin.. lihat pada surah yaasin..
dimana apabila seseorang itu diceritakan di dalam Al-Quran al-Karim.. beerti samada dia itu betul2 bernilai tinggi di sisi Allah.. ataupun Allah suruh diri agar tidak menjadi seperti dia..

Dan dalam surah yaasin, salah satu cerita adalah untuk menggambarkan keperibadian yang Allah tinggikan darjatnya...
diceritakan kisah seorang pemuda..
yang berusaha memperingatkan masyarakat di sekelilingnya pada Allah..
walaupun dia seorang, bersendiri..
tetapi, ia tidak menahan dirinya daripada mengajak mereka di sekitarnya untuk ikut, dengar pada ajaran utusan2 yang datang itu..
biarpun tiada yang hirau, tiada yang endah.. tetapi dia tetap berusaha mengajak mereka..
dan pengakhiran pemuda ini telah Allah letakkan dia di dalam syurga..
dan sebegitulah kisah keperibadian seseorang bernilai di sisi Allah..

so.. in short..
1.be alert to all things that has been happening around one..
regardless it involve us directly or indirectly..
2. take warnings on every bad things that occur..
3. ensure that one is not doing things against Allah's mandate
4. strive as hard as possible to bring people back to the remembrance of Allah..

last but not least..
ingatlah pada sabda rasulullah saw..

"tidak beriman seseorang itu selagi man dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.. "

dan saudara itu adalah semua mereka yang bersaksi pada Allah..
"sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara.." (al-Hujurat:10)

maka, kasihilah saudara2 dengan bantu mereka di dalam apa jua cara sekali pun, termasuk mengingati mereka kembali pada Allah S.w.Taála..

Save yourself from the (Hell) Fire even with half a date (to be given in charity). And if you do not find, then with a good pleasant word.” – Bukhari
__________________________________
for those in australia,
to donate directly to help them,
either thru human appeal australia or muslim aid australia..
press either link below..
human apppeal: IndonesiaEarthquakeRelief
muslim aid : Sumatra Emergency Appeal
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.