2 March 2009

kereta musafir..


hidup kita di dunia ini ibarat seorang pemusafir yang berteduh di bawah pohon, dan kemudian ditinggalkan pohon itu untuk meneruskan perjalanan..

dan sebagai pemusafir, sudah pasti ada kenderaan2 yang perlu dinaiki untuk sampai ke destinasi yang dituju..

dan di dalam perjalanan yang ditempuh sekian hari.. sudah pasti akan bertemu dengan pelbagai aksi dan gelombang..

ia hanya bergantung kepada para musafir, untuk memilih apa yang patut diambil sebagai bekalan perjalanan, dan apa yang patut ditinggalkan. ia ibarat kita ingin membeli barangan di pasar raya. terlalu banyak barang yang boleh dipilih, dan ada yang mahal harganya dan ada yang murah. pembeli yang benar2 berjaya, adalah mereka yang membeli barangan yang biarpun mahal, tapi tinggi kualitinya.. (tribute to tazkirah usr')

berbalik kepada kenderaan yang ingin dinaiki..

seperti ketika ingin menaiki kenderaan awam, sudah pasti ada 'rules and regulations' yang patut dipatuhi dan dipenuhi sebelum diterima menaikinya.

seperti itulah juga yang dikatakan berkenaan kereta pemusafir ini.
kalau diikutkan pada zaman rasulullah dulu, kereta pemusafir ini di simbolikan dengan unta, kerana unta lah yang menjadi tunggangan utama masyarakat pada ketika itu.

dan jika berbalik kepada zaman kini, kereta pemusafir ini boleh diluaskan skop simboliknya, dan ia tidak begitu penting pun dengan apa yang disimbolkannya, cukuplah sekadar dikenali sebagai kereta.

terdapat 2 jenis unta tunggangan..
1) sa'ibah (neglected and left out)
2) maqthurah ( used for removal purposes )

dan kalau dilihat, mengambil kereta api sebagai kereta pemusafir,
untuk mengabungkan antara satu gerabak dengan gerabak yang lain, akan dirantaikan dengan ikatan besi..
dan inilah yang diumpamakan dengan setiap mereka yang bergelar mu'min mu'minin..

ingatlah pada pesanan Allah,
"dan berpegang teguhlah kalian, dan janganlah berpecah belah.. " {3:103}

sekiranya, kita mengibaratkan diri kita ni sebagai salah satu gerabak dalam kereta api itu, maka sebagaiman yang kita tahu, untuk bermusafir dari satu negeri ke negeri yang lain, perlukan bekalan, surat sah perjalanan dan visa
dan sebagai muslim,
bekalan kita ini adalah iman dan ilmu, visa yang perlu ada sentiasa adalah ikhlas dalam setiap perilaku amalan, dan surat sah perjalanan kita adalah al Quran dariNya dan sunnah rasulullah tercinta.

selagi diri tidak membawa bekalan yang mencukupi, surat perjalanan yang sah sentiasa, dan visa yang perlu ada..
mana mungkin gerabak ini dapat memikul beban-beban yang dilonggokan ke dalam diri dari setiap perhentian ke perhentian yang seterusnya.

jadi, apabila gerabak itu sudah tidak lagi berguna, maka ia telah menjadi ibarat unta tunggangan sa'ibah..

apakah diri mahu ditinggalkan dan diabaikan..?

marilah menjadi gerabak ibarat unta tunggangan maqthurah..
biarpun dilonggokan dengan beban-beban yang saman hari semakin berat,
namun diri tidak sedikit pun goyah untuk membawanya ke perhentian seterusnya..
sebaliknya, beban-beban ini meneguhkan lagi untuk meneruskan perjalanan kepada kemuncak akhir destinasi yang dikejari..

bagaimana untuk memastikan diri menjadi tungganan maqthurah..

satu perjalanan yang bermula dengan diisikan minyak yang bersih, yakni niat yang jelas, suci dan murni tujuan pengembaraan dimulakan..

dan di setiap perhentian, setiap gerabak itu akan menservis diri, memastikan di mana kelemahan2 atau kerosakan2 yang telah dialami dan kemudian, memperbaiki kerosakan2 itu.

Inilah dimana setiap dari kita perlu muhasabah diri dan mereflect kembali perilaku dan amalan yang telah dijalankan pada setiap waktu. andai tersedar akan kelemahan yang telah berlaku, mempercepatkan diri untuk memperbaikinya dan berusaha untuk menghindari mengalami kerosakan kelmarin dulu kembali..

di lihat kembali, adakah diri ini benar-benar berjalan dengan ikhlas menuju tujuan, ataupun perjalanan itu hanya sekadar mengikut jadual gerabak perjalanan yang ditetapkan..

apabila dikatakan gerabak-gerabak kereta api ini dirantaikan antara satu sama lain, sudah pasti setiap gerabak itu akan sedar jika ada rantai-rantai yang terpaut padanya sudah mula goyah dan hampir putus..
dan disini, peranan gerabak yang sedar itu untuk menarik kembali gerabak yang hampir putus itu, dan memberitahu pada kepala kereta api untuk memperlahankan gerakannya, sementara pemulihan ikatan itu dilakukan..

tidak dilupakan juga untuk setiap gerabak memastikan kesihatan kepala kereta api itu.. boleh sahaja dilihat pada warna asap yang dikeluarkannya itu dan juga pancaran bunyi dan cahaya darinya..

smuanya adalah ibarat hidup bagi mereka yang bergelar daié..

dan kereta musafir itu ibarat kereta da'wah yang membawa daié tu dari hari ke hari..

bagaimana perhentian dalam perjalanan hidup hari ini..?

satu refleksi buat dirimu isL..

______________________________________________
rujukan : musafir fii qithorid da'wah
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.