26 February 2009

2 rabiulawal 1430 H

setiap kali melangkah ke tahun baru..
setiap kali jua diri perlu mempersiapkan diri..
setiap yang bakal dihadapi, biarpun sudah diketahui hakikatnya ia akan berlaku
setiap kali jualah jiwa ini sayu, perlunya membawa diri

indah di saat bertemu
hadir keranaNya
bersama dengan rahmat Yang Esa
melangkah bersama di onak duri dan berliku
ranjau yang panjang, tiada penghujungnya

dan kini
lembaran baru dibuka
beerti..
satu penghijrahan perlu dilakukan demi kepentingan tarbawi
tidak perlu dikira andainya yang berpisah jasad tika di dunia
kerna yang lebih erat
ikatan nurani, jiwa, pautan padaNya
perlu diri ini redha dengan setiap ketentuan Ilahi
kerana padaNya jualah diri ini akan kembali..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.