1 February 2009

al-An'am (1-6)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

1.Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan [sesuatu] dengan Tuhan mereka

Surah ini dimulakan dengan mengingatkan manusia tentang kebesaran Allah. Di mana kerana telah menjadi suatu kebiasaan melihat langit dan bumi, sebagaimana juga melihat malam dan siang yang menjadi suasana yang dilihat oleh pandangan manusia samada gelap mahupun terang.

Kebesaran dan pujian yang Allah mulakan itu untuk memberi peluang kepada para hambaNya untuk menandakan kesyukuran mereka padaNya yang membacanya, meskipun mungkin pada hakikatnya, ia hanya sekadar membaca, dan jauh dari mengingati tuhannya. Lantas dari itu, ia turut mengingatkan hambaNya untuk tidak lupa dari bersyukur dengan rahmat yang diaugerahiNya.

Dan Allah mengakhiri permulaaan ayat ini dengan menyatakan suatu yang boleh dikatakan telah menjadi kebiasaan, dari generasi2 terdahulu sehingga sekarang, di mana meskipun telah melihat, menyaksikan kebesaran, kewujudan adanya Pencipta (Rabb al-alamin), namun, orang2 kafir tetap mempersekutukan Allah dengan sesuatu. Ada pula yang memang menolak sepenuhnya akan kewujudan tuhan semesta.
_____________________________________________________________

2.Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal [kematianmu], dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan [untuk berbangkit] yang ada pada sisi-Nya [yang Dia sendirilah mengetahuinya], kemudian kamu masih ragu-ragu [tentang berbangkit itu].

Allah kerap kali mengingatkan manusia akan asal kejadian mereka. Contohnya seperti di surah Al-Mu'min(40) ayat 67. Di antara peringatan ini dibangkitkan oleh Al Khaliq adalah sebagai satu tanda bahawa Dia boleh menciptakan dari sesuatu yang tampak 'impossible' kepada reality. Ia juga ingin mengingatkan bahawa jangan manusia itu berlagak dengan keterampilan yang dia ada.

Dia mungkin telah mencipta sesetengah manusia itu tampak hebat dari segi rupa dan tubuh yang dimiliki, namun setiap dari manusia itu berasal dari tanah yang kalau dilihat, adalah yang selalu kita berdiri, berjalan, berlari dan sebagainya di atasnya. Seolah-olah tiada value yang dirasa ada pada tanah itu.

Namun, perlu diingat, jangan kerana diri dibuat dari tanah, merasa Allah itu telah menghinakan diri. Kerana, imbas kembali kisah penciptaan manusia pertama, Adam a.s. Allah menjadikan Adam a.s., kemudian Dia berfirman kepada para malaikat yang ada untuk sujud pada Adam a.s. yang kejadian malaikat adalah dari cahaya.

"Dijadikan para malaikat dari cahaya, dijadikan jin dari api dan dadikan Adam dari unsur (tanah) yang telah diterangkan kepada kamu. " (Muslim)

Akan tetapi iblis pada ketika itu yang sebelum ini merupakan golongan malaikat yang tertinggi di antara para malaikat lain, enggan sujud pada Adam kerana merasakan dirinya yang diciptakan dari api itu lebih mulia dari Adam yang diciptakan dari tanah. {al-A'raf:12}.

Disini menunjukkan bahawa penciptaan manusia dari tanah itu bukan beerti Allah menghinakan manusia. Sebaliknya, Allah S.W.T. ingin menguji akan taqwa para hambaNya, dan ia dimulakan dengan menguji barisan malaikatNya.

Dalam ayat ini juga, setelah diingatkan kejadian manusia, Allah meningatkan kembali akan kembalinya manusia itu pada usul kejadian mereka. Dari tanah mereka hadir, dan kepadanya jugalah ia kembali.

Kematian seseorang malahan setiap makhluk seluruh alam ini telah ditetapkanNya. Tiada sebarang penangguhan mahupun kecepatan dapat diubah oleh manusia. Yang dapat ditentukan oleh diri setiap insan itu hanyalah bagaimana keadaan ia saat ia menghadapi ajal itu. Adakah dia telah beriman padaNya? Apakah yang sedang dilakukan/dikerjakan saat ajal menjemput diri?
Adakah diri bisa mengucapkan penyaksian kalimah syahadah ucapan untuk pergi dari dunia ini?
dan seumpama dengannya.

Apabila diingatkan mengenai hidup dan mati itu, Allah S.W.T membuka peluang untuk setiap nyawa yang masih lagi bernafas ini untuk kembali padaNya, yakni berusaha memberatkan amalan pahala, bertaubat pada dosa-dosa yang telah dikerjakannya. Ini telah dijelaskan sendiri di dalam permulaan surah al-Mulk (67).

"Maha suci Allah yang Menguasai kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun."

Selepas ajal di dunia, diingatkan kembali akan adanya kehadiran ajal yang berikutnya, di mana setiap dari makhluknya akan dibangkitkan kembali untuk menghadapi hari penghisaban. Disinilah amalan yang dikerjakan akan dinilai. Perlu sentiasa ingat, amalan yang dikerjakan itu memang sangat2 utama. Namun, bukan itu yang menjamin seseorang itu akan menjejak langkahnya kedalam pintu jannahNya. Keberadaan untuk memasuki ke dalam syurga itu adalah kerana rahmatNya pada para hambaNya. Teringat pada kisah dimana Allah bertanya pada seorang hambaNya, bagaimana ia boleh memasuki syurga. Apabila dijawab bahawa dia memasuki syurga kerana amalan timbangannya berat, lantas dia terus dimasukkan ke dalam api jahanam. Allahu'alam.

Pada akhir ayat ini, Allah sekali lagi menyatakan bahawa hari kebangkitan itulah yang sering diragui oleh ramai manusia.

____________________________________________________________
3. Dan Dialah Allah [Yang disembah], baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui [pula] apa yang kamu usahakan.

Di ingatkan bahawa Allah S.W.T sahajalah yang berhak disembah. Tidak kira masa, waktu dan tempat. Hanya padaNya sahaja layak disanjung.

Allah S.W.T. turut menyatakan salah satu sifat yang dimilikiNya, Al-'Alim. Dia mengetahui setiap yang ada di muka bumi dan kejadian yang berlaku meskipun disembunyikan oleh manusia sehingga masuk ke bawah tanah, dan segala yang tersembunyi di dalam hati dan terlintas di pemikiran manusia. Tiada yang terlepas dari pengetahuanNya.

Ayat ini juga boleh dilihat seperti ia menjadi pujukan pada para hambaNya. Mungkin segala kerja yang dilakukan tiada siapa pun yang menghargainya, namun, Allah mengetahui akan usaha yang dilakukan itu. Jesturu itu, tidak perlu rasa bersedih hati apabila tidak mendapat pujian atau ganjaran dari manusia, sebaliknya gembiralah kerana Allah melihat segala perkerjaan itu dan akan memberi ganjaran yang bukan sahaja setimpal, malahan lebih dari itu.

Sungguh, Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), nescaya Allah melipatgandakannya dan membaerikan pahala yang besar di sisi-Nya{4:40}

_____________________________________________________________

4. Dan tak ada suatu ayatpun dari ayat-ayat Tuhan sampai kepada mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya [mendustakannya].

5. Sesungguhnya mereka telah mendustakan yang hak [Al Qur’an] tatkala sampai kepada mereka, maka kelak akan sampai kepada mereka [kenyataan dari] berita-berita yang selalu mereka perolok-olokkan.

Dijelaskan di sini ayat-ayat yang seringkali diberikan pada segolongan manusia itu, mereka berpaling daripadanya. Dan golongan ini jelas bukan untuk orang kafir sahaja, tapi juga pada mereka yang telah beriman.

Ini dapat dilihat sendiri di zaman sekarang, di mana mereka yang bergelar muslim, apabila diingatkan untuk menjalankan suatu pekerjaan itu menurut syariat, tuntutan islam yang telah tertulis didalam kitabullah, pasti ada yang akan mengatakan bahawa ia sudah lari zaman, yakni sudah tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang.

Dan kerana pendustaan mereka terhadap hak Al-Quran itu, Allah menjanjikan balasan-balasan yang akan sampai buat mereka. Namun tidak dinyatakan secara terang akan masa, yakni bila ia akan ditimpakan pada mereka. Di akhirat kelak sudah semestinya akan dibalasnya, akan tetapi pre-balasan mungkin turut akan dikenakan buat mereka pada suatu ketika.

Ini adalah untuk mengingatkan kembali para hambaNya untuk kembali padaNya kerana apabila suatu musibah itu dikenakan ke atas manusia, pada ketika itu barulah mereka ingin merujuk kembali padaNya, dan sememangnya Allah itu Al-Rahman, Al-Rahim. Dia masih memberi peluang untuk setiap hambaNya untuk kembali padaNya dengan iman dan taqwa.

______________________________________________________________

6. Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal [generasi itu], telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Sekiranya pada ayat sebelumnya Allah mengingatkan azab yang akan dikenakan pada hamba yang ingkar pada kalamNya, di sini Allah bertanya kembali, adakah apa yang telah berlaku kepada generasi dahulu diambil pengajaran dan tauladan?

Lebih lagi generasi2 terdahulu telah Allah kurniakan pelbagai ni'mat dan rahmat pada mereka, namun, akhirnya, mereka turut mendustakanNya. Allah simpulkan dengan memberi balasan yang setimpal dengan dosa2 yang dikerjakan mereka pada saat itu juga dan kerana kemungkaran mereka, Allah telah menggantikan mereka dengan generasi yang lain.

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui{5:54}
_____________________________________________________________

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.