21 July 2008

reflection diri.. tanda2 keikhlasan

ikhlas adalah rukun bai'ah ke-2
dan ikhlas adalah buah kepadah tauhid kerana dengan kehadiran ikhlas dalam amalan beerti diri telah esakan Allah.
Setiap kata, amalan dan jihad yang dilakukan adalah sepenuhnya kerana Allah semata..
i.e. menjadi tentera fikrah dan aqidah.. bukan kepada kebendaan mahupun kepentingan peribadi

|Tanda-tanda keikhlasan|

:: takutkan kemasyuran dan takut tersebarnya ke'popular'an diri especially bila dianugerahkan bakat yang tak ramai ada

:: sentiasa menda'wa diri sendiri cuai pada tanggungjawabnya, sehingga dirasakan dalam setiap perkara yang dilakukan, dirinya tidak cukup sempurna

::amalan dilakukan secara senyap, dan lebih menyukai kalau tiada siapa yang nampak

::biarpun di posisi mana ia berada/pegang, sebagai pemimpin atau pengikut(jundi), bersungguh melaksanakannya kerana dirasakan sama sahaja setiap posisi itu di sisinya

::tidak hiraukan redha manusia, asalkan redha Allah diperolehi

::cinta, benci, redha, marah..etc.. semua kerana Allah dan bukan kerana kepentingan sendiri

::tidak bertangguh or give up dalam melakukan kerja, kerna bukan kejayaan dunia semata yang dikejar.. tapi redha Allah itu lebih berharga buat diri dalam perjalanan yang panjang ini

::gembira dengan kehadiran/kemunculan orang yang lebih baik untuk menggantinya dalam pertanggunjawaban.. bukan kerana ingin lepas tangan, kerana tahu orang itu lebih layak melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu dengan lebih berkesan.

___________________________________________________
Reflect mode: adakah diri telah ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan..?
___________________________________________________

Perasaan/sikap ujub, riak..dan sewaktu dgnnya boleh hapuskan amalan bagaikan api lilin yang ditiup angin.. jadi berwaspadalah pada setiap perasaaan yang terbit dari hati..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.