21 July 2008

futur..?

defn_: kelesuan, terputus setelah sebelumnya semangat berkobar2, diam setelah kerja bersungguh2, hilangnya zatiyyah diri, & iman yang lesu setelah bermujahadah

|kelesuan setelah mujahadah adalah kerna kesilapan langkah pertama|

ibaratkanlah sebagai dalam untuk membina bangunan, perlukan landasan/tapak yang kukuh lg mantap. andai dasarnya pun sudah goyah.. apatah lagi di tingkatan2 atasnya..

Yang diertikan sebagai permulaan aka langkah pertama adalah langkah awal dalam jalan da'wah ini perlu disertakan dengan ketulusan hati, i.e. jiwa yang jelas tujuan dan niatnya untuk turut serta dalam perjalanan panjang ini diiringi cita-cita yang tinggi.
Jiwa seperti ini adalah jiwa yang telah mempersiapkan diri untuk harungi jalan yang penuh onak dan duri bagi menyeru manusia kembali pada Ilahi. Kehadiran kefahaman tentang hakikat jalan da'wah ini sedikit sebanyak mempersiapkan diri untuk hadapi segala pertempuran(mental/&fizkal) yang bakal dihadapi nanti..

Futur adalah suatu mukadimmah kepada keciciran da'wah, kerana lesu dan lemah.. tetapi masih belum mati lagi (di jln da'wah). Suatu penyakit yang berpunca dari hati. Oleh kerana permulaan langkah itu bermula dari hati, oleh itu, futur juga lahir berpunca dari keadaan hati itu sendiri.

|Sebab2 Futur|
1. tashadud(melampau2/berlebih) dalam melakuan amalan (ibadah) seharian pada saat iman tinggi boleh membawa kepada futur saat iman turun. ingatlah iman manusia sentiasa berbolak balik, lebih dasyat dari air yang mendidih..

2. apabila melampau2 dalam melakukan perkara harus- cth: makan, mandi, tidur..etc

3. memisahkan diri dari jemaah (memencilkan diri) | ini membawa kepada diri utk beruzlah dengan syaitan|

4. kurang mengingati akhirat dan mati | bila diri terlalu bergelumang dengan dunia, ia bisa mengeraskan hati ditambah pula apabila diri x ingat pada mati |

5. bermudah2 dengan amal seharian-cth:solat2 sunat, hafazan..etc (dlm mutabaah amal)

6. memberi penekanan kepada juzu'2 tertentu je dalam praktikkan islam dalam hidup

7. tidak persiapkan diri dengan jalan da'wah itu(realiti)|manjakan diri sendiri|

8. Berterusan dalam membuat ma'siat, yang tampak mahupun ma'siat hati -cth: x tundukkan pandangan, buruk sangka pada orang..etc

9. sentiasa berada di samping orang yang futur, aka berkawan dengan orang yang futur..

_______________________
memandangkan futur ini adalah 'penyakit.. maka pasti ada rawatan aka ubat2 untuk merawati penyakit ini..

1. menjauhkan diri daripada ma'siat amal(cth-x solat, etc) dan ma'siat hati

2. lazimi diri dengan amalam seharian - cth:seperti amalan sunat

3. hidupkan waktu2 afdhal dengan ibadah - cth: qiyamulail pada 2/3 malam

4. fahami sunnah amal da'wah, persiapkan diri untuk hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan challenge our own limit

5. ingati mati & akhirat

6.faham islam & da'wah together secara menyeluruh

7. duduk dengan orang yang berhemah tinggi (punyai kemahuan yang tinggi)

8. hiburkan diri sekali sekala seperti menghayati keindahan ciptaanNya.. (aslkn still falls in islam boundary)

9. menghadiri majlis2 ilmu - try to always challengkan diri utk hadir bukan sekadar jasad dan minda jer.. tapi hadir dengan hati =)

________________________________________________________
to know these and to learn things should come with an intention to reflect ourself and not to judge others..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.