20 May 2008

imbauan hijau..menyuarakan suara hati

gugurnya satu persatu.. daunan dari pohon-pohon yang masih teguh berdiri..
ia mengiakan akan hadirnya perubahan pada cuaca di mana ia berada..
tatkala dihembus angin yang bayu.. ia sedar.. hakikatnya, sungguh pantas masa berlalu pergi..
dirinya yang tidak mampu meneroka alam..
membuatkan ia lupa pada perkiraan masa..
tiada yang mampu diubah..kerana itu tetapan dari yang menciptakannya.. dan ia akan teguh pada janji dan saksi yang dipatri pada Yang Maha Esa..
namun.. pabila ia amati segala perlakuan yang beraksi dalam pandangannya..
sayunya hati.. tiada lagi kenteraman yang dirasa..
mengapa mereka tidak akur pada perintah Yang Tercinta..
mengapa tidak endah pada indahnya alam yang terbentang jelas dan nyata
mengapa perlu hancurkan diri..pada masa yang hanya sebentar di alam maya..
kemana hilangnya kerinduan pada jannah yang pernah suatu ketika dahulu milik mereka..

ia bersyukur kerna dibawa ke dunia antara rimba yang kan menaungi alam buana..
biarpun ia tahu.. masanya untuk pergi kan tiba..
ditambah lagi dengan tiada keseimbangan lagi pada mereka yang mentadbir bumi..
hanya ia mampu berharap dan terus berharap.. kan hadir mereka yang benar..
membawa panji menegakkan kebenaran hakiki yang nyata
khalifah sebenar-benarnya di atas muka bumi ciptaan Yang Esa
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.