Kaki melangkah mara ke gerbang penantian
Ingin meniti titian matlamat dan tujuan
Meneroka alam dan kewujudan insan
Demi mendapat segulung kertas yang menjadi impian
Apakah nilai kajang yang kini tersemat
Andai diri leka dengan tarikan yang membuntukan jalan ke hadapan
Adakah rela diri disekat tanpa mendapat rahmat
Kerana merasakan indahnya dunia dirasakan tiada batasan
Tenaga dicurahkan
Masa dikorbankan
Wang disalurkan
Seperti rasuah agar diberikan kertas yang sekian lama menjadi tatapan
Ya..
Ia adalah ijazah yang sedang kita semua kejari
Demi dipandang tinggi oleh mereka yang berada disisi
Namun adakah ia suatu yang perlu kita hindari?
Satu persoalan yang cukup menerkam minda
Antara amanah negara dan amanah dariNya
Pilihan yang perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya
Agar tidak tersungkur ke dalam lembah yang membahayakan jiwa
Risalah...satu tanggungjawab yang perlu dibawa ke mana-mana
Selagi jasad dikandung badan
Sehingga roh masih bersemi di dalam diri
Tanganku, kakiku perlu melaksanakan tugasan yang diberi
Andai diriku mungkir pada janji yang telah diberi
Binasalah aku di alam fana dan realiti nanti
Namun..
ijazah perlu juga terus aku perjuangkan
zaman ku perlukan ijazah untuk menyebarkan risalah
apa yang dibawa tidak dipandang walaupun hanya sebelah mata
andai ijazah itu tidak ada dalam kehidupan mereka yang memikulnya
Perlu sekarang diriku berjuang di imtihan ini
Demi mendapatkan segulung kertas yang harus diperolehi
Agar tugasku tidak tersekat di pertengahan nanti
Dan kerana menuntut ilmu itu juga tuntutan ilahi
=)