Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan..
Dan dalam pengorbanan pasti akan ada calar pada hati dan jiwa..
Itulah resam perjuangan menegakkan kebenaran..
ya..kita selalu terlampau fikir jauh.. dan setiap masa ingin menghadirkan diri untuk bergerak demi menegakkan panji di mata dunia..
Sehinggakan pada suatu tahap..kita terlepas pandang pada amal solo kita..
Memang, tidak dinafikan..bergerak secara berjemaah..suatu yang dititik beratkan oleh islam.. namun, apabila kita mula lalai, alpa, leka pada amal individu kita padaNya..tidak bergunalah amal jamaie kita..
kerana...
hati akan mula keras..iman kan mula tergoyah..jiwa tidak lagi sensitif..
perkara ini jarang sekali kita sedari..kerana kita terlalu seronok melakukan amal jamaie..tanpa disedari..mungkin niat juga sudah lari dari hala tuju yang sebenar..
Hm..bagaimana benda seperti ini boleh terjadi..? Sedangkan kita bergerak bersama mereka yang punyai tujuan dan matlamat yang serupa..satu misi..satu visi.. Adakah pengorbanan kita dalam perjuangan ini termasuk mempertaruhkan amal timbangan individu kita di akhirat nnt?
Sedarlah, biarpun ia merupakan sesuatu amal yang menjadi ibadah, tetapi hati mula membuak keseronakkan pada jiwa.. ia tidak lain tidak bukan sogokan dari si durjana..ingin melalaikan diri setiap insan agar amal yang dilakukan pada mulanya bersandarkan kepada Allah, tetapi kemudiaanya dialihkan supaya amalan yang dilakukan adalah kerana seronok melakukannya.. dan tidak lagi keranaNya..
Ini adalah satu peringatan dari seorang ukhti kepada ana pada tahun lepas di tepi pantai..selalu diri ini lupa..sehingga pada satu tahap.. ketika sedang melakukan perkara yang sebenarnya boleh menjadi amal, terdetik di hati..
'adakah aku telah mendapat redhaNya? ataupun masa yang aku korbankan ini hanya sia-sia.. malah di laknat kerana kepesongan terhadap tujuan dan niat sebenar '
Allah memberikan terlalu banyak ni'mat kepada setiap hambaNya tidak kira siapa mereka, beriman atau tidak.. Kerana Allah itu Maha Pengasih..
Tidak dijadikan sesuatu tanpa menjaga mereka..
Biarpun hambaNya jarang sekali mensyukuri ni'mat yang mereka perolehi setiap masa..
Antara banyak2 ciptaan Allah..manusialah yang paling ingkar pada perintah Yang Esa..
wlpn diberi pelbagai macam perumpaan..keingkaran tidak berkurang..
"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit mahupun di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mauhupun terpaksa(dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu siang dan petang hari..(15:13)"
walaupun jasad, mental tidak mahu tunduk padaNya, akan tetapi bayang-bayang manusia masih sujud dan mengesakannNya..
Dan ini membuatkan diri sendiri terfikir.. adakah selama ini hanya bayang-bayang ana sahaja yang tunduk padaNya..tetapi hati dan minda jarang dari mengingatiNya..
Adakah diri ini telah ikhlas dalam pergorbanan.. dalam perjuangan.. sabar dengan ujian dan mehnah dari persekitaran dan masyarakat.. dan yang paling mencabar.. adakah diri ini telah sabar dengan saudara-saudara seaqidah.. kerana kesabaran itu akan lebih mudah teruji apabila yang melakukannnya adalah mereka yang kita sayangi dan yang rapat dengan diri..
Usah dendan berpanjangan..Maafkanlah setiap kesalahan insan..
jadi..biarpun hati ini sudah dicalari dan dirobekkan tanpa henti.. perjuangan ini perlu diteruskan kerana dunia ini bukan milik ana..bukan untuk ana..
"dan orang-orang yang sabar kerana mengharap kan keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, menginfakkan sebahagian reseki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikkan, orang ituah yang mendapat tempat sudahan yang baik.. (ar-Ra'd:23)"
setitis derita yang melanda..
KurniaanNya melangit luas
Dan syukurku tidak mampu untuk menandingi setitis pun nikamt yang diberi
_________________________________________________
||mengeMis KasIh||
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati
Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku