Dua hati
Berlainan jiwa
Bila mula mengenal
Kan bergolaklah jiwa dan raga
Untuk menyesuaikan hati kau dan hati dia
Dua tubuh
Dua peribadi
Tidak kan sama dua insan
Berbeza keadaan mereka membesar
Mampukan mereka bersatu rapat, teguh?
Para pendai’e
Berbezalah kamu dari mad’u mu
Berlainlah seorang mereka dari yang lain
Kenalilah setiap individu
Selitkan kepingan-kepingan hatimu
Yang berupa seperti jigsaw puzzle
Supaya dapat mereka selitkan hati mereka untuk
Bersatu bersamamu
Menegakkan kalimah Lailahailallah
Tiada apa tanpa cabaran
Tiada apa tanpa dugaan
Adakah kamu mengira telah benar-benar beriman
Sedangkan kamu tidak diuji lagi?
Ingatlah, ujian yang menimpa diri bukanlah satu
bahkan satu rahmat untukmu
Di beri peluang mendekatkan dirimu kepadaNya
Yang lain dibiarkan lalai terhina
Engkau diuji dicabar dibangunkan dari lena
Sahutlah cabaran itu
Dengan keimanan dan ketaqwaan
Tabahlah dengan kehidupan mu
Jadi lah anak singa yang cergas
Dan bukan kura-kura yang malas
Jadilah ulat bulu yang menjadi rama-rama
Dan bukan ulat bulu yang terbakar di dalam oven (=D)
Jadilah burung yang terbang tinggi
Dan bukan burung yang melompat di tepi
Capailah setinggi-tinggti matlamatmu
Jikalau iakan suatu hari nnt menjadi wasilah
Untuk mengajak ke jalan hakiki
Kerana bak kata mereka
‘sky is not the limit’
Ilmu Allah itu luas..Setinggi-tinggi kamu belajar,
Lebih byk lagi yang tidak akan kamu ketahui
“seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Allah, maka pastilah habis lautan itu sebelum selesai kalimat-kalimat Allah meskipun Allah datangkan tambahan sebanyak itu”