22 July 2007

ukhuwah

Hari ini ana mendapati terdapat konflik yang tersembunyi di antara mereka yang sebelum ini mengakui saling berukhwah sesama sendiri.

Apabila ana reflect balik perkara ini, ana terfikir, apabila masa senang, ketika tiada masalah, bibir dengan manis mengucapkan ukhwahfillah antara satu sama lain. Tetapi akhirnya, bila Allah memberi ujian ke atas hamba-hambaNya yang pada mulanya mengatakan ikhlas berukhwah keranaNya, ramai di antara mereka terkandas dalam perjalanan sendiri.

Sesungguhnya, Allah ingin menguji, adakah apabila kita menjalinkan tali persaudaraan dengan sahabat seaqidah kita, kita telah niatkan dalam hati, jiwa kita hanya keranaNya dan bukan sebab lain terutama sekali untuk kebaikan sendiri.

Dan sekiranya kita lihat kembali peristiwa-peristiwa yang telah menyebabkan tergurisnya hati-hati yang pada mulanya diikat kemas dan rapi, akan kita lihat, peristiwa tersebut hanya lah remeh sahaja. Tetapi pada saat ia berlaku, kita dikaburi dengan nafs' dan durjana syaitan. Alangkah ruginya kita apabila kita memutuskan, merenggangkan persaudaraan yang erat lagi kukuh.

Perlu kita ingat, manusia itu akan melakukan kesilapan walau macammana pun pada pandangan kita, sahabat kita itu orang yang baik lagi tinggi ketaqwaan. Tetapi, kerana kita terpengaruh dengan hasutan dan bisikan sang durjana, benda yang remeh itu telah di'amplifai' pada pandangan kita. Dan kerana kita tidak dapat menerima hakikat kesalahan sahabat kita, wujudlah satu ruang yang 'awkward' antara kita dan dia.
Malah, yang sering terjadi, kononnya kita telah memaafkan sahabat kita itu, tetapi, terlihat sahaja kelibat sahabat kita, mula lah hati kita memberontak, dan akhirnya..

lupakah kita pada satu hadis,

"Allah, the Mighty, the Glorified says:'When I afflit two beloved faculties (eyes) of a worshiper of Mine, and he remains patient with this affliction, in their place I will give him Paradise" -Imam Nawawi, Hadith 35

Bersabarlah kita dengan kerenah kawan kita kerana itu juga adalah ujianNya. Tidak inginkah kita tempat di syurga dengan senangnya?

Ingatlah, bersabarlah walaupun kita tidak dapat bersabar pada permulaan, tetapi seeloknya bersabarlah dengan kesabaran terbaik.

Harus kita ingati, tidak perlu kita menambahkan liku-liku berduri dalam perjalanan kita di dunia ini kerana ada yang lebih berbisa yang perlu kita atasi, yakni serangan musuh-musuh kita pada saudara seaqidah kita di bumi ini.

Surah As-Shaff, Allah telah berfirman,
'Sesunggunya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusn kukuh'-ayat 4

Marilah kita lupakan kesilapan sahabat kita. Sama-sama kita saling ingat mengingati dalam berada teguh di jalan da'wah ini. Semoga kita menjadi mereka yang berbaris teratur berjihad di medan yang satu.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.