Maka, janganlah kamu lemah dalam mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan Allah bersama kamu dan Dia tidak mengurangi amalanmu. {Muhammad(47):35}
Namun, biarpun dibaca berulang-ulang kali, adakah kita sudah memahami maksud tersurat dan tersirat di dalam ayat ini. Apakah yang hendak digambarkan kepada kita, hamba-hamba kepadaNya?
Kebanyakkan daripada kita akan melihat ayat ini dari persepsi da’wah. Apa yang difahami oleh kita selalunya ialah, janganlah kita berputus asa dalam mengajak orang kembali kepada kebenaran yakni da’wah kearah jalan yang lurus.
Memang secara luarannya atau dari segi maksud tersuratnya, Allah menyuruh/memberi semangat kepada golongan manusia yang sudah mempunyai kefahaman islam yang lebih sikit berbanding orang lain untuk mengajak yang masih tidak memahami ke arah islam yang sebenar. Acapkali telah Allah menyeru manusia untuk melakukan amal ma’ruf nahi mungkar, berpesan-pesan kepada kebenaran dll. Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran yang merupakan kalam Allah. Manhaj atau segala garis panduan telah Allah sediakan kepada segenap insan. Pilihan telah Allah serahkan kepada manusia untuk memilih, jalan yang membawa ke jannah yang indah, tidak terbayang oleh akal manusia, atau ke jahanam, azabnya yang tidak akan tertahan bagi yang menjadi penghuninya (moga2, dengan izin Allah, kita tidak tergolong ke dalam kumpulan jhnm ini).
Sekiranya kita melihat keseluruhan ayat itu, jelaslah bahawa, yang ingin ditekankan ialah, di mana jua kita berada, perlulah kita menegakkan kebenaran dan menghilangkan kebatilan di muka bumi ini. Rintangan, rebut, taufan pastikan melanda. Tetapi tidak perlulah kita gusar dan bersusah hati, kerna Allah itu pasti ada disisimu.
Teringat ana kepada hadis Qudsi , di mana mattan atau isi yang hendak disampaikan ialah, apabila kita melangkahkan kaki kita setapak menuju Allah,
Mungkin di dunia ini, mungkin di akhirat nanti. Apa-apa pun, kita tidak
Dari isi tersirat pula, apabila Allah menyuruh kita menyeru kepada kebaikan, janganla pula kita menyampaikan tetapi tidak mengamalkan. Allah tidak menyukai orang yang berkata-kata tetapi tidak melakukan apa yang dibuatnya (as-Shaff:2-3).
Dilahirkan sebagai pengikut rasullulah, kita telah diberi pengiktirafan oleh Allah, yang tidak dapat oleh umat-umat yang terdahulu. Kita dimuliakan dengan diberi tugas-tugas para Rasul. Mengajak, menyeru kepada kebaikan. Apakah kita tidak mahu menerima setinggi-tinggi pengiktirafan yang Allah berikan kepada kita? Jika dilihat, para malaikat sendiri hairan mengapa Allah menciptakan mahkluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi sebagai khalifah bumi ini. Namun, telah Allah berfirman sesungguhnya Dia mengetahui apa yang mereka tidak ketahui (cari surah ni). Dan melihat kepada penciptaan Nabi Adam a.s, dilihat bagaimana Allah memerintahkan supaya barisan para malaikat untuk ‘prostrate’ kepada Nabi Adam a.s. Oleh yang demikian, menjadi umat pertengahan, diciptakan untuk mentadbir bumi ini, haruslah kita bergerak bersama, bersatu teguh, dalam usaha mengembalikan iman-iman manusia menuju Allah.