23 July 2007

HIJRAH MENUJU ALLAH

Terlintas di dalam hati ini, apakah aku kan tetap di jalan Allah ini.

Apakah perubahan aku ini ikhlas menuju Allah?

Adakah keredhaan Allah yang ingin ku kecapi ataupun keredhaan manusia?
Seringku terasa, kemalasan melanda pabila tiada manusia lain di sekeliling aku.

Bila ku sedar, ku bertanya kepada diriku sendiri, apakah selama ini

Perubahan kepada kebaikan itu hanya kerana ingin mencapai keredhaan manusia, kerana berada dalam bi’ah yang solehah. Dan bukan nya kerana hati ini ikhlas untuk mencapai keredhaan Allah.
Alangkah ruginya diri ini. Berhari-hari lamanya, amalan tiada gunanya. Jarang mengingati Yang Esa bila bersendirian.

Sujud ku padaMu untuk mengharap keampunan dariMu

Ingin sekali ku ikhlaskan ibadat harian ku hanya untukMu

Ku pinta hanya padaMu Yang Esa

Janganlah Engkau palingkan hati ku dari mengingatiMu

Janganlah Engkau menarik hidayah yang telah Engkau berikan kepadaku

Janganlah Engkau menutup jalan yang lurus menuju ke syurgaMu

Ampunilah dosa-dosa silamku

Ampunilah dosa-dosa ahli keluarga ku

Ampunilah dosa saudara2 seaqidah ku

Pimpinlah kami ke arahMu

Tabahkanlah hati-hati kami dalam menegakkan panji2 agamaMu

Luaskanlah taufikMu tidak kira tempat dan waktu

Janganlah Engkau kembalikan kami di saat kami bergelumang di dalam najis2 dosa

Janganlah Engkau perhalusi hisab kami di pengakhiran nanti

Terlalu banyak yang ku pinta dariMu

Terlalu sikit yang telah ku korbankan untukMu

Maafkanlah aku Ya Allah

Kan ku cuba perbaiki diri ini……

Huhu~

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.