14 July 2007

legaran di benak

Hari ini, tidak seperti hari-hari yang lain. Hari ini, ana dapat satu benda baru. Mungkin baru tak baru, tapi ana dapat tahu erti da'wah dari sudut pandangan yang berbeza.
Da'wah beerti jemputan/invitation.
Penceramah menekankan, da'wah itu bukannya apabila kita mengingatkan kawan seaqidah dengan kita. Tapi da'wah itu sebenarnya beerti mengajak orang-orang yang bukan islam. Ini adalah benda yang boleh dikatakan sebagai kontradik dengan apa yang ana tahu selama ini. Kalau dilihat kembali isi-isi pentarbiyyahan ana, ana diberitahu kita perlu berda'wah kepada yang senang dahulu, yakni mereka yang muslim tapi tidak mengamalkan atau tidak memahami apa ertinya menjadi seorang muslim.
Ada satu 'term' yang lain yang digunakan untuk apabila kita saling ingat-mengingati mereka yang sudah bergelar muslim, yang ana tak ingat. Tapi yang pasti, da'wah adalah satu gelaran yang digunakan apabila kita mula mengajak, berdiskusi dengan mereka yang masih belum disinari cahaya hidayah mengenai islam.

Cara da'wah yang terbaik, lihat pada garis-garis panduan yang diberikan oleh Allah. Surah an-Nahl, surah ke 16.

'Serulah(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dia-lah yang lebih Mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.' - ayat 125

'Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itu adalah lebih baik' - ayat 126

'Dan bersabarlah(Muhammad) dengan kesabaran itu semata-mata dengan pertolongan Allah, dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka, dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.' - ayat 127

Dijelaskan bahawa, dalam kita hendak berda'wah kepada mereka yang bukan islam, kita perlu lakukan dengan berhikmah. Apabila mereka mula persoalkan dan tidak mempersetujui kata-kata kita, buka ruang untuk diskusi, argument yang berhikmah. Pesanan yang perlu diingati, jangan sesekali berbohong atau membuat fakta yang tidak ada dalil atau hadis untuk menyokong isi kita sebab pasti akan diketahui mereka kelak dan ini membawa fitnah pada agama.
'speak of what u really sure and know'
Jangan rasa segan kalau tak dapat beri jawapan. Boleh minta kepada mereka supaya 'on hold', memberi ruang untuk kita rujuk pada yang lebih mengetahui. Inilah isi ayat 125.

Ayat 126 ini berkisar pada kisah perang Uhud dimana darah daging rasulullah (saw), Hamzah r.a. dibunuh dan badannya dirobek dengan teruk sekali. Dikatakan baginda rasulullah s.a.w telah berjanji untuk membunuh beberapa orang quraish pada perang seterusnya, maka Allah turunkan ayat 126. Jadi rasulullah pun memaafkan mereka, malah membebaskan tawanan perang tersebut. (Allahu'alam)

Ada satu kisah yang agak terkenal, di mana seorang wanita yang pada ketika itu masih kaffir, suka membuang sampah dan benda-benda yang kotor di depan rumah rasulullah s.a.w. setiap hari. Pada satu ketika, tiada lagi sampah/kotoran di rumah baginda seperti selalu. Lalu baginda pun pergi ke rumah wanita tersebut yang sedang sakit rupa-rupanya. Wanita tersebut hairan kerana baginda masih sudi melawatnya walaupun dia sering memburukkan baginda. Rasullullah s.a.w. berkata kepadanya, 'aku rindu pada perlakuan mu itu'. Terkesima wanita itu. (cerita ini diceritkan kembali mengikut ingatan ana sahaja. Asif kalau tidak tepat).
Lihat sahaja pekerti baginda. Kesabaran yang tinggi. Kalau kita di tempat baginda, adakah mungkin dengan senangnya kita akan sabar dengan perlakuan sedemikian dan memaafkannya sahaja?
Perlu kita ambil ayat 127 ini ke dalam hati dan praktikannya.

Setakat itu sahajalah yang dapat ana kongsikan apa yang berlegar di ruang minda ana.

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.