27 June 2007

selepas peperiksaan, masuk ke musim cuti

kekadang ana terfikir
apakah ana akan terus berada di jalan ini untuk menyampaikan risalah pada segenap insan kat bumi ni?
skarang pun ana rasa tahap iman ana pada tahap yang teramat rendah
walaupun ana sedar akan hakikat itu, dan ana tekad dalam hati nak berubah
tapi tidak terbuat juga
apakah ini tanda kelalaian ana?
'Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini, diriku semakin hari semakin jauh dariMu
Janganlah engkau palingkan hatiku setelah engkau beri hidayah petunjukmu kepada ku dulu.Diriku tidak mahu terjerumus ke lembah kehinaan, dalam kesesatan”
Ana ada banyak conflict dalaman. Nak tak nak, ana kena hadapi conflict dalaman ini, berjihad dengan diri sendiri.
Banyak terjadi dalam minggu peperiksaan, namun lagi banyak apabila masuk musim cuti dan tidak ada program pada masa tersebut seperti hari ini. Badan inginkan rehat, namun jiwa tahu, rehat itu tanda kelalaian.
Bila ada conflict antara dua sistem berlaku, maka akhirnya, pelbagai yang terjadi.
Terlalu banyak yang terjadi pada diri sendiri.
Ana tidak tahu macam mana dengan mereka yang lain yang juga dalam ‘transition state’ ini juga, tapi ana kagum dengan mereka sebab ana lihat mereka mampu teguh, sabar, tetap dalam jalan ini sedangkan ana runsing, pening, dll biarpun ana di sini selama seperti mereka.
Ana ingin sampaikan risalah seperti yang lain, tapi ana tahu kapisiti ana tidak mengizinkan. Apabila ana kena beri pengisian, peringatan, da'wah verbal, ana perlu laksanakan apa yang ana perkatakan. Memang tidak sukar untuk laksanakan, tapi untuk istiqamah dalam melaksanakan itu membuka medan perang pada diri. Itu sebab jikalau boleh, ana tidak mahu berada pada barisan yang da'wah secara verbal.
Tapi, itulah dinamakan da'wah.
Ana lihat mereka yang lain rapat antara satu sama lain. Bila berukhwah kerana Allah, segalanya indah. Ana sendiri sayangkan mereka semua, bahkan ada yang lebih dari adik beradik sendiri. Tapi, bagaimana perlu ana katakana, ana tidak reti hendak berkongsi masalah, pengalaman, cerita, pendapat kerana ana inferior pada persepsi mereka nanti.
Ini semua berdasarkan pengalaman ana dulu lagi. Tidak seorang punn tahu complete life ana, meskipun ibu ana, kecuali Yang Esa..
Jadi, hanya kepada Dia tempat ana mencurah, merintih, mengharap..sebab ana tidak perlu ceritakan A-Z, kerana Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Skarang pun, dalam mempelajari ilmu di university, ana ada konflik dalam diri. Kursus ana perlukan banyak discussion. Jika tidak, akan terkontang kanting keseorangan. Di tambah pula dengan assignment, projek, yang sememangnya memerlukan kerjasama mereka yang satu course dengan ana. Nak tak nak, kadangkala ana terpaksa bergaul dengan mereka yang berlawanan jantina walaupun ana cuba elakkan.
Dalam itu, ana tau ana perlu menjaga pergaulan.
Tetapi kekadang, ana lupa, ana terlanjur.
Ana dengan tidak sengaja bercakap berdua dengan mereka.
Biarpun di khalayak ramai, tapi itu masih dikira mendekati zina.
'Ya Allah, aku mohon keampunan mu. Jika engkau tidak mengampunkan aku, aku telah termasuk orang-orang yang rugi.'
Ana telah membawa fitnah pada agama, pada diri. Pada mereka yang memakai hijab di dunia ini.
Benda-benda kecil, mungkin pada sesetengah tidak mengapa, tapi ana tidak mahukan siksaan, walaupun sekadar percikan api neraka itu.
Mereka itu bukan muslim. Ana lebih-lebih lagi menghindarkan dari bertembung malah bersemuka dengan yang muslim lelaki.
Tetapi, mereka jadi 'confius' dengan ana. Sebab ana avoid bercakap dengan mereka yang muslim lelaki, dari tanah air sendiri, tapi kalau dengan yang bukan muslim, ana boleh buat discussion, projek sekali.
Perkara-perkara seperti ni selalu menyerang pemikiran ana.
Minggu exam hari tu, benda-benda ni lebih menyerang lagi sebab banyak discussion yang dibuat. Ditambah dengan conflict dalaman yang tidak reti ana nak zahirkan macam mana.
Pada ketika itu, memang ana rasa down betul. Ana minta padaNya, tenangkanlah hati ana. Tapi, ana tau, ana perlu mencari, melihat alam ciptaanNya, kerana hati ana sentiasa rasa terhibur melihat keriangan binatang-binatang, deruan ombak, kebiruan langit, irama daun-daun bergerak bila ditiup angin. Sentiasa mengingatkan ana, setiap masa alam sedang bertasbih memujiNya, tapi ana ni yang dikurniakan aqal, tidak mampu untuk mendukung tanggungjwb yang diberikanNya.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.