30 July 2007

Kesan di hati sewaktu menghayati kalimahNya

Malam berlalu pergi,
Kini, fajar menyinsing lagi,
Bergeraknya sang matahari ke arah satu waktu untuk berdiri bersudut tegak dari muka bumi,

Telah Dia bersumpah dalam kalimahNya ad-Dhuha,
ketahuilah, sudah tiba masanya waktu Dhuha..
Sujudlah padaNya, memujiNya dengan sepenuhnya

Ketahuilah, tidak kira tempat dan waktu,
tidak akan Allah melupai sesiapa kerana Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala sesuatu
Dulu, tika rasul diberi jangka waktu tanpa wahyu
Tidak beerti Allah membenci baginda dan tidak pula melupai akan yang sentiasa di bawah jagaanNya
Dijaga baginda sejak di yatimkan dengan izinNya
Mencukupkan segala kekurangan dalam hidup baginda

Petunjuk diberi di saat kebuntuan
Kurniaan yang luas, bagi mereka yang ikhlas
bersusah dahulu, tidak menjadi halangan
untuk terus berjuang di jalan yang laras

Bersikaplah sebaik mungkin pada yang kekurangan
Jangan dimarah, diherdik, dicaci akan mereka
Walaupun tidak sempurna namun hati-hati itu lebih suci dari kita
Berkongsilah ni'mat Allah kerana Allah pasti tidak akan menguranginya

____________________________________________
Ad-Dhuha (surah 93)
Demi Waktu Dhuha
dan demi malam apabila telah sunyi
Tuhan-mu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu,
dan sungguh, yang kemudian itu lebih mulia bagimu dari permulaan
Dan sungguh, kelak Tuhan-mu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia memberi petunjuk
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberi kecukupan
Maka terhadap anak yatim, jangan berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik (nya)
Dan terhadap ni'mat Tuhan-mu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.