31 July 2007

Hidupan

Aduhai..alangkah eloknya jikalau aku tak buat itu, ini..

Pernahkan permikiran seumpama dengan ini seringkali mengcengkam di benak kita?

Dalam bahasa antarabangsa, lebih dikenali sebagai.. "if only...."

Satu perkataan yang pada dasarnya, seolah-olah merupakan penyesalan seseorang terhadap perkara yang telah dilakukan atau inginkan yang sebaliknya berlaku, tapi yang lain pula jadi..

Pada hakikatnya, ia seumpama mengeluh, i.e. tidak dapat menerima hakikat yang telah terjadi, apatah lagi untuk bersyukur dengan perkara yang telah dialami.

Peliknya insan-insan di muka bumi ini. Jikalau sesuatu perkara yang baik berlaku, akan dikatanya, "..nasib baik...(itu ini).." . Ada sesetengah yang akan tersedar, akan dengan lantas meletakkan 'alhamdulillah' di akhir kata-kata mereka. Jarang mereka mengucapkan syukur mereka kepada Ya Rabb terlebih dahulu.

Beberapa perkataan yang perlu dielakkan dalam hidup sebagai muslim, i.e. islam as a way of our life, is dengan mengelakkan perkataan 'kalaulah...' & 'nanti'. Ini kerana selalunya, 95% of the time, kalaulah itu seolah-olah kalau boleh, nak tengok consequence yg akan berlaku jika perkara yang sebaliknya terjadi. Perlukah kita menilai perkara yang akan jadi sekiranya kita melakukan sesuatu itu sebaliknya? Tidakkah kita bersyukur kerana, setiap yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya, biarpun dari pandangan kita ia merupakan suatu perkara yang 'buruk' ataupun perkara yang 'baik'.

Firman Allah dalam surah As-Syura(42):27,

"Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat."

Sungguh, jika dilihat, kalau kita merasakan yang menimpa kita itu adalah ujian yang 'buruk', ketahuilah, itu yang sebenarya terbaik buat kita. Kerana mungkin, jika Allah memberikan kelapangan rezeki kepada kita, kita lupa, lalai dengan ni'mat rezki tersebut.


Biarlah ujian yang datang meragut kita, segala yang diambil dari kita itu sebenarnya hanyalah pinjaman kepada kita dari Maha Berkuasa. Tetapi, alangkah Maha Pemurah dan Maha Mengasihi Tuhan Yang Satu itu, telah disabdakan oleh kekasihNya, rasulullah (saw)

"Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu." (al-anfal:70)

dan firman Allah lagi dalam At-Taghabun(64);

"tidak aka suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu ." (ayat 11)

Jadi, wajarkah kita berkata

'If only..', ' kalaulah aku ...', 'alangkah baiknya kalau..' dan yang seumpama dengannya..

Sebaliknya, ucapkanlah 'Alhamdullillah' dalam apa jua yang berlaku.
Musibah ataupun kejayaan. Kerana biarpun nampak seperti dua benda yang bertentangan. Ingatlah, kedua-duanya adalah ujianNya kepada kita..

Peringatan buat diri saya pertama-tamanya, dan juga mereka yang inginkan RedhaNya..
insyaAllah..

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.