Namun, apakah kita memahami erti kata tawakal itu dengan sebenarnya..?
Terdapat pelbagai tanggapan terhadap apa yang difahami dengan erti kata 'tawakal' itu..
Ada yang maksudkan tawakah itu adalah apabila segala urusan harian kita letakkan pada Allah Ta'ala..
dan ada juga yang melihat tawakal itu membawa kita untuk meletak sepenuh kepercayaan kita padaNya, kepada kemampuan dan kekuatan Dia yang tiada tandingannya, dan juga pada ilmuNya yang memang luas tidak tergapai oleh kita ataupun mana-mana makhluk ciptaanNya...
Jika kita menyimpulkan perlbagai persepsi maksud tawakal itu, maka
'Tawakal adalah sandaran total atau menyeluruh kepada Allah Ta'ala, dan daripada itu lahir iman padaNya, termaksud pada nama dan sifat yang hanya ada padaNya.'
Allahyarham Ibnu Al Qayyim menyatakan,
"Tawakal itu separuh dari agama, dan separuh lagi adalah inabah (taubat)"
Melihat dari persepsi luar, kita sudah pasti dapat melihat, tawakal itu dikatakan separuh dari agama kerana tawakal membawa kita untuk berasa rendah diri pada Allah Ta'ala, sehingga memang perlukan senantiasa pertolongan dariNya..
dan inabah itu diklasifikan sebagai ibadah..
Jadi apabila seseorang itu tawakal dan inabah, dikatakan lengkap agamaya kerna cintanya pada Yang Menciptanya itu, membuatkan diri senantiasa rasa perlu untuk mengagungkanNya dengan sujud, tunduk dan memberi sepenuh pergantungan kepada Allah Taála..
Apakah 'tawakal' itu sesuatu yang dianggap penting di sisi Allah..?
Mungkin kita tidak sedar, tetapi, dalam surah yang menjadi tumpuan ramai, yakni surah Yusuf (12), telah menunjukkan Allah mementingkan tawakal padaNya..
Kisah Yusuf yan dipenjarkan, dan tatkala dia (Yusuf) mengetahui bahawa salah seorang penghuni penjara itu akan dibebaskan, dia meminta supaya orang itu menyatakan kepada tuannya akan keadaan Yusuf.
42: "Dan dia (Yusuf) berkata kepada orang yang dketahuinya akan selamat di antara mereka berdua, "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu.."
Namun, kerana Yusuf a.s. meletak kebergantungan dia pada Allah Ta'ala, sehingga syaitan membuatkan Yusuf a.s. lupa akan tawakalnya hanya pada Allah, dan bukan pada orang yang dikeluarkan dari penjara itu, maka, maka Allah telah membuatkan orang itu lupa akan permintaan Yusuf itu.
sambunang ayat 42:
"..Maka syaitan telah menjadikan dia lupa untuk menerangkan keaddan Yusuf kepada tuannya. Kerana itu dia (Yusuf) tetap dalam penara beberapa tahun kamanya.."
Mudah bukan Allah menunjukkan kepentingan tawakal itu padaNya..?
Apabila kita lupa untuk tawakal padaNya, maka Allah dengan itu melambatkan sesuatu hajat yang kita harapkan..
Jadi, mari sama-sama kita muhasabah diri, apakah sudah cukup tawakal aku pada Allah, atau aku hanya sekadar menuturkannya di bibir tetapi tidak di dalam jiwa.
Wallahu'alam..
The reminder is best for those who wrote this.
-pen Off-
______
ref: Taujih Ruhiyah : Pesan-Pesan Spiritual Penjernih Hati, Abdul Haimd Al-Bilali, Penerbit An-Nadwah 2008