12 July 2011

Intr..

Seperti yang diketahui secara amnya, dari segi perubatan, apabila seseorang itu menghidap sejenis penyakit yang memerlukan pemindahan organ-organ penting seperti jantung atau hati, organ-organ yang hendak dipilih hendaklah dinilai keadaan organ itu sendiri.. 

Apabila organ yang diterima tidak bersesuaian dengan pesakit, ia akan menyebabkan pesakit itu bertambah sakit, dan kemudian akan mati.

Sebegitu juga dengan islam pada masa kini.

Islam yang diturunkan suci, lengkap dari segala segi malah sesuai untuk segenap umat manusia.

Namun, jika kita lihat di sekeliling masyarakat kita kini, pelbagai penyakit telah melanda kita, tidak kira dari aspek rohani, jasmani, sosial dan sebagainya. 
Walaubagaimanapun, biarpun tahu hanya dengan mengambil / mengamal ajaran islam dengan sepenuhnya sahaja mampu mengubat penyakit-penyakit yang merebak kini, kita tidak pula berusaha sepenuhnya untuk mencari, dan mengamal kembali islam sepenuhnya untuk diri kita dan mereka yang kita kasihi, sebagaimana kita akan berusaha untuk mencari organ yang terbaik untuk mengubati mereka yang disayangi sakit..

Sebaliknya, mereka(kita) lebih gemar mengamalkan perkara-perkara yang bukan ubat buat mengubati penyakit umat dengan ajaran-ajaran dari serata dunia (yang bukan lahir dari islam), malah diagung-agungkan lagi ajaran mereka itu..

Maka persoalannya, apakah kita mahu menderitakan mereka di sekeliling kita akhir umur mereka..?
atau
kita mahu mencuba ubat yang tulen, asli dan diturunkan dari langit, yakni islam itu sendiri..?

"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim.
Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, 
maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan berpeganglah kamu pada tali Allah.
Dia adalah pelindung, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong"
[al-hajj(22):78]
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.