23 May 2011

Ramalan 21 Mei 2011

Kiamat itu adalah suatu yang pasti akan terjadi, tetapi telah Allah rahsiakan bila ia akan terjadi. Ini adalah untuk memastikan manusia sentiasa bersedia dan berjaga-jaga menanti ketibaan kiamatnya itu.

Sekiranya tarikh Kiamat diketahui manusia sejagat, manusia akan mengambil kesempatan ini dengan bersorok sehabis mungkin sehingga pada saat akhir kiamat yang dikatakan akan berlaku.

Sebaliknya, sekiranya kiamat itu dirahsiakan pada bila ia akan terjadi, manusia akan sentiasa berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah akan saat tibanya hari Kiamat itu. Jadi setiap hari, setiap detik & masa, manusia akan memastikan apa yang dilakukannya untuk menghadapi kiamat itu nanti.

Namun, jika kita lihat pada masyarakat di sekeliling kita, ramai yang sudah mula mengambil tidak endah akan berlakunya kiamat yang dijanjikan Allah SwT itu nanti.

Seolah-olah dirasakan kiamat itu suatu yang tidak perlu diambil berat lagi.

Baru-baru ini, ada berlaku ura-ura mengenai akan berlakunya Kiamat pada 21 Mei 2011, yakni sabtu baru-baru ini.


Dari berita yang ditulis, dikatakan ini adalah kali ke-3 ramalan  seumpama ini terjadi,  yang di mana, pertama sekali ia terjadi pada tahun 1994.

Namun, seperti dijanjikan Allah SwT, tiada siapa yang akan dapat  mengetahui ataupun meramalkan bila kiamat dan hari pengadilan itu akan terjadi.

Apakah kita akan ambil  ringin akan kehadiran ‘Kiamat’ itu nanti..?

dan

Apakah yang boleh kita lakukan untuk membawa mereka di sekeliling untuk kembali mengingati akan kiamat itu bakal terjadi pada bila-bila masa dan apakah diri sudah cukup bersedia/beramal untuk menghadapinya kelak nanti..?

Satu peringatan buat diri yang menulis..dan buat mereka yang membaca..

Semoga Allah SwT meberi hidayah kepada kita semua dan membuka hati kita untuk menerima sepenuhnya..

Auqulu qauli haza wa astaghfirullah..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.