Hidup di dunia ini ibarat musafir yg berteduh di bawah sepohon pokok, berehat dan beredar meninggalkannya..
Setiap kali jarum berdetik, dengan itu akan timbul pelbagai impian berlegar-legar di dalam fikiran..
Tentang kerja yang perlu dihantar esok, tentang apa yang perlu dimasak hari ini, tentang apakah impian untuk mencapai sesuatu akan terlaksana dalam 10 tahun akan datang.. dsb..
Pada hari ini, dalam perjalanan ke tempat kerja, mendengar satu 'talk' dalam radio..
bagaimana kebiasaannya, tempoh suatu masa itu dikira kritkal, berbeza mengikut situasi seseorang itu berada..
contoh:-
seorang pelajar akan mengira 1 semester itu kritikal untuk menentukan kejayaannya untuk meneruskan pengajiannya
seorang lumba lari akan mengira setiap saat itu kritikal untuk menentukan dia berjaya mengatasi lawannya
seorang tukang masak - caterer, akan mengira sehari itu kritikal untuk memastikan dia berjaya mengendalikan catering nyer dengan berhaya..
dan sebagainya..
bagaimanapun, kita sering terlupa, ada suatu tempoh masa yang amat kritikal bagi setiap dari kita, setiap individu yang menggelar dirinya sudah tunduk pada ya Rabbnya..
ya.. ianya tidak lain tidak bukan dari menghadapi suatu yang pasti, yang tidak seseorang itu boleh lari..biarlah sejauh mana pangkat,darjatnya di dunia..Kematian..
jika kita sedar akan hakikat kematian itu suatu yang haq..yang pasti..

sebagaimana kritikalnya pemain bola sepak dalam gelanggang padang bola selama 90 minit, di mana dia perlu pandai memilih arah mana dan corak permainnya untuk berjaya,
begitu juga hidup setiap insan di atas gelanggang dunia ini..
jadi, jika kita ingin menjulang pingat, maka kita perlu bermain sebaik mungkin di dalam gelanggang ini.
hanya perlu mengiring 'bola' itu ke arah gol redha Ilahi, dan syarat di gelanggang ini hanya perlu memastikan bola itu tidak terkeluat dari syaratNya..
dan sebagaimana di gelanggang bola itu ada pihak lawan..
pihak lawan kita di gelanggang dunia ini adalah mereka yang mengajak kita menyekutukan suruhanNya dan juga syaitan durjana..
Tapi yang pasti menarik, tidak seperti di dalam gelanggang bola sepak, di mana pihak lawan tetap akan menjadi pihak lawan, di gelanggang dunia, pihak lawan kita boleh kita mengajak, mengiring, membimbing agar memasukkan bola ke arah gol tuju kita, ke arah redhaNya..
dan permainan ini seperti dalam gelanggang ada masa limitnya.. dan bila tiba masa kita untuk beredar, wisel akan ditiup dan keluarlah kita dari gelanggang ini membawa mata2 gol kita bersama untuk diadili apakah kita layak mendapat pingat kejayaan...
jadi, benarlah sabda rasulullah saw apabila baginda mengatakan dirinya menganggap hidup di dunia ini hanya musafir yg berteduh di bawah sepohon pokok, berehat dan beredar meninggalkannya..
nak tak nak, tempoh krikal bagi setiap dari kita itu sebenar2nya adalah jangka hayat kita berada di dunia, setiap detik, setiap saat..