Anton Tšehov, yang dahulu seorang penulis Russia pernah berkata...
"Manusia sesuai dengan apa ia yakini.."
keyakinan itu mampu melahirkan kekuatan..
dan
keyakinan itu lahir dari satu cita-cita hasil dari angan-angan..
jika pernah Rasulullah s.a.w bersabda..
"Kalian akan menemukan sekelompok manusia bagaikan sekumpulan seratus unta, yang takkan ditemukan satu diantaranya sebagai rahiliah (lebih unggl dari yang lain)" [riwayat Muslim]
maka, unta rahilliah ini hanya mampu diraih bermula dengan satu cita-cita..
kerana jika pada awalnya ia tidak memiliki cita-cita untuk milik unta rahiliah ini, mana mungkin unta ini akan muncul secara tiba2..?
---dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga ia mengubah nasib dirinya sendiri.(ar-ra'd:10)---
dan itu menjadi satu tanda bahawa sememangnya darjat seseorang manusia itu mampu melepasi darjat manusia lain itu kerana adanya cira-cita..
sebaiknya, sebagai mukmin.. kita sudah pasti mahu darjat kita bukan sahaja yang dapat dilihat dan dinilai oleh mata kasar dunia..
dan kerana itu,
sebenarnya, kekuatan dan cita-cita adalah bukti kekuatan iman..
yang menjadi satu jwpan bahawa dari sekumpulan manusia itu, hanya satu yang memiliki unta rahiliah ini..
kerana kekuatan iman itu sahaja yang mampu menjadikan seseorang itu tekad dan tetap ingin menggapai bintang angan-angannya..
hasil yang lahir dari kesungguhan..
Peliharalah cita-citamu, kerana sesungguhnya cita-citamu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang baik cita-citanya dan dia jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukannya akan melahirkan hasil yang baik pula..
dan Ibnul Qayim menggambarkan seperti ketinggian seekor burung itu terbang..
..semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang, semakin terancam bencana..
satu cita-cita.. satu harapan.. dengan kesungguhan.. lahir dari kejernihan hati dan iman
___________
i) ar-raqa'iq
ii) al-iman waiqzshu al-quwaa al-khafiyah