17 May 2010

kalau tidak dipecahkan ruyung., manakan dapat sagunya

seringkali apabila kita mendengar satu ceramah motivasi khususnya, sudah pasti semangat dalam diri itu meluap2 untuk berubah.. untuk berjaya..

tapi, sejauh manakah kita akan berusaha untuk melakukan perubahan itu serta merta..?

ia, memang perlukan rancangan dalam satu 'projek' yang besar..
kerna, untuk berjaya, perlu ada usaha..

namun, selalunya, api semangat yang pada mulanya berkobar-kobar itu semakin pudar, kerana perubahan yang ingin dilakukan itu ditangguh-tangguh..

sebagaimana perubahan itu ingin kita kecapi..
maka, mulakan langkah pertama itu, biarpun hanya setapak..
kerana, perjalanan seribu batu itu hanya akan bermula, jika kita bermula dengan satu langkah..

sebegitu jugalah perumpamaan..
"kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.."

dan ini perumpamaan yang dibuat oleh nenek moyang kita ini, yang sememangnya tidak lari dari kalamullah itu sendiri..

"..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.."{ar-Ra'd(13):11}

bagaimana untuk kita bejaya, jika ia hanya sekadar impian, angan-angan di kepala..
jika ia hanya berlegar di kepala.. memang sudah seumpama kisah mat jenin yang panjat pokok kelapa..

jadi bagaimana realisasi nya dalam kehidupan ini?

jika kita inginkan sesuatu..
yang sudah menjadi impian untuk menaikkan kembali erti islam yang syumul di dunia ini.. maka, perlu ada usaha biarpun ianya hanya bermula dengan sejengkal..
kerana, jika kita tangguh.. maka, tidak usah dipersoal jika pada suatu pagi bila kita bangun dari tidur, sudah hilang keinganan, impian itu lagi.. dari maksud lain.. sudah ditarik kembali hidayahNya daripada diri.. naudzubillahi min zalik.. smoga dijauhkan diri daripada ianya terjadi..
____________________
this is a reminder for  d writer itself
___________________ 

-pen0ff-
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.