30 October 2009

..tawwab..

"..dan di antara orang2 arab badui itu ada yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang diinfakkannya(di jalan Allah) sebagai jalan mendekarkan diri kepada Allah dan seagai ajalan untuk (memperoleh) doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya infak itu suatu jalan mendekatkan diri (kepada Allah). Kelak Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat (syurga)-Nya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.."[9:99]..

"..dan ada pula orang lain yang memperakui dosa-dosa mereka, mereka mencampuradukkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan yang buruk. Mudah-mudahan, Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.."[9:102]

"tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah menerima taubat hamba-hambaNya, dan menerima zakatnya, dan bahawa Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.."[9:104]

"..sesungguhnya, Allah memberi dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Alla di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.. "[9:111]

".. mereka itu adalah orang-prang yang bertaubat, beribadah, memuji(Allah),mengembara(demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan yang memelihara hukum2 Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.."[9:112]
__________________________________

terasa diri semakin hari semakin jauh dari jalan menuju Ilahi..
jikalau dulu tidak pernah ragu dalam memberi..

kini,
sering berulangkali memikir andai tiada yang kan kembali..

dulu,
walau di bahang mentari..
tidak diri kelar untuk sujud pada Yang Maha Memberi..

kini,
walau hanya sekadar titisan dari angkasa biru..
dengan cepat dirikan luncur,
kerna tatkala ia berdiri..
seringkali tersungkur..

leraikan diri dari belenggu dunia..
tiada yang membawa makna, hanya sekadar gurauan semata..
sujudlah pada Yang Esa..
rukuklah pada Yang Maha Kuasa..

teruskan langkahmu pada denai berliku..
kerna itu sahaja yang bakal bersaksi..
tiada yang lain, hanya Dia yang tahu..
tersimpuh jatuh, atau teguh berdiri..
semuanya bakal menentukan pengakhiran yang jitu..
adakah kan diri jaya melangkah masuk pada taman syurga Firdausi..
dan itulah pengakhiran yang unggul.. yang menjadi impian kalbu..
________________________________   
 -de pkm-
-en movimiento por un tiempo para PKM blog
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.