14 October 2009

satu pengertian..



cinta pada matahari..
saat senja tiba, ia kan terbenam kembali..

cinta pada bunga..
mekarnya tidak lama, kan layu jua akhirnya..

cinta pada manusia..
akan pergi jua ia membawa diri  bertemu Yang Esa..

tiada cinta yang kekal abadi..
tiada cinta yang akan wajar dimiliki..
selain dari satu cinta..
cinta yang tidak akan berganti..
yakni cinta pada ya Rabb.. Ya Raheem..

satu pengertian yang perlu diperbaharui..
erti cinta sebenar..
agar ia lahir ikhlas dari hati insan rabbani..
_______________________________
Mahabbatullah.. cinta abdi kepada Allah..
_______________________________

"Wahai sekalian manusia, cintailah Allah dengan sepenuh hatimu.." (ibnu Ishaq)

kenapa perlu ditekan kan cinta diri pada Allah..?

ketahuilah, jikalau dinegotiate cinta diri pada Allah bersama cinta sesama makhlukNya yang lain, Allah akan 'cemburu..'
Bukan beerti sifat Allah SwTaála itu sama dengan sifat diri insani, tapi hanya sekadar menekankan bahawa Allah tidakkan langsung bertolak ansur, andai cinta yang diri curahkan padaNya itu tidak unggul..

lihat dalam Asy-Syúra(26), ayat 96-98..
firman Allah SwT..

"..Mereka berkata sedang mereka bertengkar di dalam neraka: 'Demi Allah: sungguh kita dahulu [di dunia] dalam kesesatan yang nyata, karena kita mempersamakan kamu dengan Tuhan semesta alam'.. ".

mungkin dirasakan erti 'mempersamakan' itu erti menyekutukan..
ingatlah, andai diri menyamakan cinta padaNya sama dengan cinta sesama manusia.. erti dalam diam, diri juga telah menyekutkan Yang Esa..

jadi..

peringatan buat diri yang menulis..

persahabatan yang dijalinkan..

tidak kira antara sejenis jantina mahupun berbeza..

andai tidak bersandarkan pada Ya Rabb...

mungkin diri telah pun menyekutukan Allah SwTa'ala tanpa sengaja..

dan

lebih bahaya pada persahabatan yang berlawanan jantina.. kerana usaha 'geng' durjana itu sangat hebat.. tidak kan berhenti menawan hati2 manusia..

adakah selama ni ungkapan ukhuwwah fillah itu benar2 lahir kerana Allah..
ataupun kerana hati tertarik pada karateristik sahabat sehingga berasa senang untuk bersama dengannya.

dan adakah hubungan bersama masyarakat, mdú .. juga hanya keranaNya sahaja..
ataupun kerna ia tugasan/taklifan yang diberi buat diri..

satu refleksi diri..

pernah rasulullah saw bersabda..
"Ada tiga perkara yang barangsiapa mendapatkannya pada dirinya, maka ia akan mendapatkan manisnya iman.. yakni, hendaknya Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada selain keduanya, hendaklah ia mencintai seseorang yang tidak kan ia cintai selain kerana Allah, dan hendaknya ia merasa benci untuk kembali kepada kekufuran seperti bencinya ia pada saat dilemparkan ke dalam api neraka.."
(Bukari & Muslim)
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.