22 September 2009

daya..

Mempelajari sesuatu since sekolah rendah dulu - sains.. (yang masih dalam bahasa melayu)

Apabila perkataan daya itu diutarakan, perkara pertama yang akan keluar dari mulut adalah daya tarikan graviti. (^_^)

Mungkin kalau ditanya pada pelajar sekolah menengah pun, malah pada yang peringkat lebih tinggi, pasti ramai akan memberi jawapan yang sama.

Kalau kita lihat pada perkataan 'daya' itu sendiri, tiada yang lebih sesuai untuk masuk pada perkataan itu selain 'tarikan graviti'.

Dalam konteks diri kini, daya itu membawa lebih banyak erti.
Daya membawa erti kemampuan.
Dan apabila disebut tentang kemampuan, banyak sekali diri perlu persoalkan.
Apakah diri ini telah menggunakan sepenuhnya kemampuan diri dalam setiap kerja.
Kerja dunia, amal kerja da'wah, amal kerja akhirat..

Baru2 ini, tugas yang diberikan pada diri dan keluarga di sini adalah untuk menghadam buku yang bertajuk isti'ab tulisan fathi yakan.
Ya, maksud dari segi bahasa isti'ab itu berkaitan dengan daya, lebih specifik lagi membawa erti 'daya tampung'.

Perkataan daya tampung itu membawa diri ini untuk tergambar akan pelampung di tengah2 lautan.
Mungkin mengarut, tapi ia boleh juga menjelaskan erti sebenar yang ingin diketengah kan oleh fathi yakan.

Setiap individu itu Allah S.w.Taála jadikan berbeza.
Berbeza bukan setakat pada raut wajah, pada personaliti, pada fizikal aspek. Tetapi juga pada aspek internal.
Dan daya kemampuan ini termasuk dalam salah satu aspek internal yang Allah jadikan berbeza bagi sifat setiap individu.

Sekiranya dikatakan aspek fizikal seperti ketinggian tidak dapat diubah oleh manusia (tidak kira banyak mana energy drink diminum ^_^), namun daya kemampuan ini boleh digilap.

Daya tampung atau istiáb itu menyentuh mengenai daya kemampuan manusia.

ceklist: apakah tahap kemampuan diri..?

daya kemampuan setiap manusia itu dikatakan berbeza kerana,
Jika dilihat sendiri,
mungkin diri pernah tertanya, mengapa dia(xxx) boleh terima banyak kerja dalam satu masa, dan masih lagi berjaya dalam kesemuanya dan tidak pula dia nampak penat.

atau diri pernah menyalahkan diri sendiri,
'kenapa aku x boleh berjaya macam dia..etc.'

dari sini lah boleh dikatakan, daya kemampuan setiap individu itu berbeza.
Setengahnya Allah permudakahkan untuk mereka senang dalam menanggung sesuatu tugasan, sesuatu urusan dan sebaliknya bagi selainnya.

Namun, ini tidak beerti kita tidak boleh tingkatkan daya kemampuan kita.
Jika ada kemahuan, di situlah permulaan kejayaan.
Teringat pada kisah yang ditulis oleh zabrina dalam bukunya bertajuk 'life is an open secret'. Untuk memendekkan cerita, apabila seorang pemanah yang handal di suatu kampung itu ditanya akan rahsia kejayaan dia sehingga tidak pernah ter'miss' panahan dia, jawapan ringkas diberikan pada yang bertanya.
'go out to the field now, with your bow and arrow, and start archery'

yang jelas membawa maksud, tiada yang lebih baik untuk berjaya, selain dari diri bergerak langkah untuk mulakannya.
Jika hanya ditunggu, alamatnya, bagai menunggu bulan jatuh ke riba, yang kalau benar ia terjadi, bermakna qiamat sudah pun terjadi.

berbalik kepada penekanan fathi yakan,
dia ingin sekali setiap daie itu bertanya kepada diri,
apakah daya tampung diri dalam menarik masyarkat, lebih spesifik lagi - madú .
menarik bukan beerti menarik kepada diri, tetapi kemampuan diri dalam menarik mereka dalam memikirkan kebesaran Allah (pada permulaan) kepada keadaan porak peranda dunia, kepada masalah yang melanda masyarakat dan akhirnya berjaya merekrut mereka dalam melaksanakan tugasan dakwah itu sendiri.

tidak dinafikan mungkin ada daie mampun untuk menarik mereka di luar sana dalam jumlah yang besar, dan mungkin ada yang hanya mampu menarik hanya sedikit.
1,2 atau 10 atau 100..
itu hanyalah angka semata.
tidak mungkin kita hanya mahu mengumpul angka2 kosong yang banyak.
biar lah 1 atau 2.. tapi end resultnya itu yang bertunas, bercambah mekar.

fathi yakan menggariskan bahawa istiáb ini berbalik kepada daya kapitisi/kemampuan, kelayakkan akhlak, keimanan dan palin penting sekali kurnia Allah Ta'ala pada setiap individu itu. Tanpa istiab ini, tidak mungkin ia akan berjaya menarik mana2 individu dengan jaya.

Seorang daie itu perlu ada standard minimal istiáb.
Jika sebelum ini digariskan standard minimal untuk masuk dan mula bekerja dalam amal dakwah, sekarang, untuk kekal melaksanakan tugas sebagai daie ilallah, perlu ia melatih diri agar ada standard minimal istiáb agar segala usaha dakwahnya tidak sia2.
Ini kerana, keberhasilan dakwah berkadar langsung dengan isti'ab.
Kalau kadar minimum isti'ab itu pun tiada, apakah mampu diharap untuk mencapai sasaran yang digariskan dalam matlamat dakwah..?

Isti'ab ini pula terbahagi kepada 2.
Bukan hanya isti'ab pada masyarakat luar(external), tapi juga internal.
Internal bukan bermaksud dalam diri, tetapi dalam jemaah atau organisasi yang diri telah berbaiah untuk berada di dalamnya.
Penting bagi both qiyadah dan jundi untuk mempunyai kedua2 capability isti'ab ini.
Jika ketua tiada istiáb yang mantap, mana mungkin jundi akan menurut arahannya.
Jika anak buah tiada isti'ab, akan berlaku persengkataan dalam organisasi itu sendiri.

allahuálam..
apa pun kedua2 nya adalah jundullah..
dan kedua2 perlu miliki/perbaiki isti'ab masing2 kerana setiap mempunyai tugas di posisi masing2.

___________________________
rumusan bab 1: isti'ab oleh Fathi Yakan
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.