1 August 2009

..reflection mode..

Sudah lama diri berundur..
bukan secara fizikalnya, langkah kaki ini diundurkan,
tetapi, undurnya langkah dari mengubat hati di dalam sanubari.

Cintanya pada alam, membuatkan diri tidak pernah jemu memerhatikan tanda-tanda kebesaran Pencipta.

Dan pada itu, seringkali hati ini teringat pada mereka yang Dia tinggikan darjat.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal..."

"..(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.."

Tingginya darjat bukan kerana luahan kata saksi mereka semata.
Tetapi, ia hadir kerna hati-hati insan itu merasakan kebesaranNya, mengAgungkan kesempurnaan si Pencipta, dan merasa rendah diri melihat kesempurnaan alam di mana ia berada.

Pada itu,
tiap kali kaki melangkah keluar dari bawah atap yang Dia izinkan diri untuk berteduh setiap hari, diri ini akan lantas lihat pada langit yang teguh berdiri.

Bukan melihat kerana ingin diramal cuaca pada hari itu, namun, ingin diri ini menikmati lukisan alam yang telah si Dia ukir di awangan tinggi.

Lantas, terlintas di hati ini, memang indah si Dia.

Setiap nukilanNya pada alam ini, ada pasangan bagi setiapnya..

Mungkin hati2 di luar sana akan lantas terfikir akan pasangan hidup insan.

Akan tetapi, hati di sini lebih suka memikirkan pasangan alam yang tampak jelas di depan pacaindera mata, namun mungkin samar penjelasanya..

Dan yang dikatakan di sini, telah pun Dia gariskan berulang kali dalam warkahNya buat insan serata dunia.

Jika dilihat pada laut samudera. Ada pasang surutnya.
Ada kalanya ombak akan menghempas kuat di persisiran pantai, dan ada kalanya ia tenang bagaikan tiada apa di sebalik biru airnya.

Begitu jugalah alam ini. Ada kalanya cerah, ada kalanya suram.
Inilah dikatakan, kejadian siang dan malam itu indah. Indah kerana harmoni gerak susunnya. Indah kerana alam ini sentiasa tunduk pada perintahNya.
Satu peringatan buat diri, bila pula diri ini mampu menjadi wafa' padaNya sepertimana alam ini lakukan setiap masa..

Pada pengetahuan setiap hati, baik disini, mahupun di luar sana..
malam itu gelap, dan siang itu cerah.

Dalam kegelapan malam, segala-segala gerak kerja yang dilakukan, seolah2 bagaikan terhenti apabila perginya si matahari mengundur diri.

Dan apabila tibanya saat itu, ada sebahagian dari jutaan insan di luar sana akan mengeluh, memikirkan kerja yang tidak berjaya di siapkan mencapai target yang diletakkan.

Dan ada juga sebahagian dari manusia, senyuman mula terukir di bibir, kerna dirasakan sudah tiba masanya untuk mereka berehat. Bersuka ria, tanpa lagi bebanan kerja dipikul.

Ada juga, mereka yang tidak merasakan apa2 perbezaan. tidak kira samada di siang hari, mahupun saat sinarnya rembulan, semuanya sama buat mereka.

Apakah benar terangnya mahupun gelapnya hari itu berdasar pada kedudukan mentari dan rembulan di ufuk sana?

Yakni, saat terbitnya matahari dari ufuk timur sehingga saat tiba masanya untuk ia pergi di ufuk barat, dikatakan siang datang dan berlalu pergi dalam satu jangka masa itu sahaja dan sudah tiba untuk malam kembali melabuhkan tirainya.

Mungkin pada majoriti insan di luar sana akan lantas mengiakannya.

Namun, jika dilihat pada kata seorang teman karib rasulullah s.a.w, yakni Abu Bakar r.a., ia melihat cerah atau gelapnya hari berlandaskan ruang lingkup persepsi dirinya.

Pada dirinya, ia merasakan:
"Kegelapan itu ada lima, dan penerangnya itu juga ada lima.
Cinta dunia itu kegelapan, dan penerangnya itu taubat.
Kuburan itu kegelapan, dan dan penerangnya adalah saksi laungan shahadah.
Akhirat itu kegelapan, dan penerangnya adalah amal soleh.
Dan ash-shirath itu kegelapan, dan penerangnya itu adalah keyakinan "

________________________________________
Perlu diri ini mereflek kembali hati.
Adakah hatinya sudah berbaur campur pada duniawi..?
Patuhkah ia pada saksi shahadatul haq yang dilaungkan berulang kali..?
Yakinkah ia pada akan tibanya hari dibangkitkan kembali..?
Bagaimana diri ini harus lakukan agar ia kembali benar setelah langkah tersasar dari jalan al-haq ini..?
satu refleksi diri yang semakin jauh dari kasih Ilahi..
__________________________________________________
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.